Monday, September 28, 2009

Astaghfirullah...Bermuhasabahlah wahai diri..

Salam'alaik. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan keredhaan Allah Azza wa Jalla.

Astaghfirullah...Astaghfirullah.. Astaghfirullah... Ampunkanlah dosaku ya Allah.. Maafkanlah diri ini. Hati ini dah karat dan hitam oleh maksiat yang diri ini lakukan...

Maha suci Allah yang telah menciptakan diri ku..Betapa lemahnya diri ini.. Ketika ujian melanda diri, mudah sahaja diri ini berputus asa. Mengapa? Sedangkan rahmat dan maghfirah Allah itu luas. Tidakkah diri ini mengerti? Bahawa Allah menghitung setiap amalan hambaNya. Walaupun ianya sebesar zarrah.

Hati ini mudah tersinggung oleh kelakuan manusia. Kadang kala diri ini memikirkannya hingga boleh berdendam dengan hamba Allah itu. Kadang kala hingga terbawa-bawa dalam urusan lain. Astaghfirullah... Siapakah diri ini untuk tidak memaafkannya? Membaca blog seorang sahabat ini, cukup-cukup membuatkan diri ini tersedar akan kesilapan yang dilakukan. Al-Quran, kalam Allah adalah penawar yang terbaik untuk hati yang dilanda kegelisahan. Allah berfirman dalam Surah Al-Mumtahanah ayat yang ketujuh: " Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang di antara kamu dengan orang-orang yang pernah kamu musuhi di antara mereka. Allah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang".

Belum cukupkah dengan penjelasan di atas wahai diri yang hina ini? Allah sentiasa mengampunkan hambaNya. Allah Maha Pengampun. Yakinlah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Kita lah yang sering melupakan Allah. Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat ke 186: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan kepadamu (Muahmmad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu....".

Maha suci Allah yang telah menetapkan segala ketentuan. Mungkin ini ujian untuk diriku. Ujian sama ada diri ini benar-benar melakukan sesuatu kerana untuk mendapat keredhaan Allah, atau semata-mata untuk mendapat keredhaan manusia. Jika niatku hanya untuk mendapat keredhaan manusia, sia-sialah segala perbuatan yang diri ini lakukan. Bukan itu sahaja, malah diri ini akan turut merana jika tidak mendapat pujian dari orang ramai.

Ya Allah, berikanlah diri ini sekeping hati yang dapat menikmati kebesaran Mu ya Rabbi. Engkau jadikanlah segala amal perbuatanku ikhlas semata-mata keranaMu. Ya Allah, jika benar-benar diri ini terpilih untuk menjadi salah seorang dari penolong agamaMu, maka Engakau thbatkanlah hati ini di jalan dakwah Mu, di dalam agama Mu dan jua ketaatan pada Mu. Ya Rabbi, maafkanlah kesalahan diri ini. Jadikanlah diri ini seorang pemaaf. Jadikanlah diri ini seorang yang redha dengan ujian yang melanda. Di samping tidak menjadi hamba yang berputus asa dengan rahmat dan maghfirah Mu.

" Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (begitu sahaja dengan) mengatakan: "kami telah beriman" sedangkan mereka belum diuji lagi. Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta". -Surah Al-'Ankabut: 2-3.

Wallahu'alam.

Saturday, September 26, 2009

Ar-Ruhul Jadid!

Salamun'alaik. Semoga antum sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

Semalam, merupakan hari yang bahagia untuk diri ana. Dan membuatkan seolah-olah mendapat semangat yang baru.(Ruhul jadid). Bahagia nya adalah kerana ana dapat menziarahi madrasah ana, bersama sahabat seperjuangan yang lain. (kali ini hanya 4 orang sahaja yang dapat menziarahi madrasah). Ini sudah menjadi adat bagi kami untuk ziarah ke madrasah setiap kali pulang cuti ke tanah air. Dan salah satunya untuk melepaskan rindu pada asatizah merangkap Murabbi kami yang tidak putus-putus memberi kami nasihat serta iringan doa walaupun kami telah tamat pembelajaran kami di sana.

Sewaktu berjumpa dengan Mudirah kami, inilah kali pertama kami berbual panjang bersama dirinya. Hampir setengah jam kami berada di dalam pejabatnya. Pada awalnya, seperti biasa, kami akan dijemput masuk ke dalam pejabatnya dan dipersilakan duduk, sambil-sambil menikmati kuih-muih yang diberikan kepada kami. Menanyakan khabar serta hal ehwal kami di sana, sudah menjadi lumrah bagi diri insan yang bernama Mudirah itu. Perbualan kami bermula apabila salah seorang dari asatizah itu menanyakan tentang masa depan kami setelah tamat diploma kami. Ana menjawab insya Allah ana akan pergi ke Jordan. Begitu juga salah seorang dari sahabat ana. Dan ada pula ingin menyambungnya di Malaysia.

Setelah kami menyatakannya, giliran sahabat ana pula untuk menanyakan soalan. Soalan dia lebih kurang begini: Kalau sesebuah universiti itu tak diiktiraf oleh kerajaan kami, susah tak nak dapat kerja?. Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mendalam, Mudirah ana menjawab soalan itu dengan penuh berhikmah. Dia berkata, mendapatkan kerja itu, adalah rezeki dari Allah. Mana-mana pun kita boleh dapat. Jangan fikir yang jika sesebuah universiti itu jika tidak diiktiraf oleh kerajaan, kita tidak akan mendapat kerja. Soal kerja, boleh difikirkan kemudian. Yang penting, isi dulu dada ini dengan ilmu. Carilah ilmu sebanyak yang mungkin selagi mampu. Seperti sabda Rasulullah: carilah ilmu hingga ke negeri Cina. Ini bermakna hatta di negera yang kita tidak memahami bahasa dan adat mereka pun, kita harus mencari ilmu dengan sedaya upaya. Dengan ilmu yang kita ada, insya Allah bila kita pulang ke negeri asal kita, mungkin Allah akan melembutkan hati majikan kita untuk mengambil kita untuk berkerja. Walaupun mungkin dari universiti yang tidak diiktiraf.

Mudirah ana menceritakan pengalamannya. Beliau mengatakan bahawa sebelum ini,beliau menyambung belajar ke universiti di Indonesia. Dan pada waktu itu pula, universiti tersebut tidak diiktiraf di negara kami. Tetapi dengan berkat ilmu dan rezeki yang Allah berikan, serta tawakkalnya kepada Allah, beliau mendapat juga pekerjaan yang baik dan sesuai untuk dirinya. Dan pada zaman beliau pula, orang ramai memandang rendah pada mereka yang menyambung pengajiannya dalam bidang agama. Pada kaca mata mereka, orang yang dalam bidang agama ini, tidak mempunyai masa depan yang baik. Dan mungkin juga tidak akan mendapat pekerjaan atau gaji yang lumayan. Tapi ini semua tidak menjadi pengahalang bagi diri sesorang yang yaqin dengan janji Allah.

Seterusnya, beliau memberi kami nasihat agar sentiasa merendah diri. Dan belajar untuk cuba menyesuaikan diri dan berkawan dengan orang-orang yang bukan dari negara yang sama dengan kita. Tidak lupa juga untuk menjaga ukhuwah kami dengan mereka. Ini adalah untuk kebaikan diri kita juga. Kerana dengan mempunyai kawan dari berbeza negara, kita dapat membantu antara satu dengan yang lain. Jika kami dalam kesusahan, mereka akan bantu kita. Dan jika mereka memerlukan bantuan, insya Allah kami juga akan bantu mereka.

Hmm.. Kami berempat diam seribu bahasa. Kami semua hanya mampu mengangguk dan terus mengangguk. Semua yang dikatakan oleh mudirah ada betulnya. Dan ini seakan-sekan membuatkan ana mendapat semangat baru untuk meneruskan pembelajaran ana hingga ke menara gading. Segala yang dikatakan, akan cuba ana mengaplikasikannya sebaik mungkin. Agar diri ini tidak tewas dengan kelemahan jiwa ini yang sering resah gelisah dengan cabaran dan dugaan yang ana hadapi.

Sewaktu sem lepas, diri ini hampir-hampir tewas. Rasa macam dah tak nak belajar. Dengan kawan-kawan yang kadang-kala tidak sehaluan. Dengan masalah-masalah lain yang cukup-cukup mengacau-bilaukan hidup ana. Jadi tak keruan ana dibuatnya. Tapi, atas usaha sahabat-sahabat memberi nasihat serta kata semangat yang tidak henti-henti, Alhamdulillah, akhirnya ana dapat juga belajar dan cuba fokus sebaik-baiknya sewaktu kuliah.

Dan ana juga mendapat berita bahawa seorang adik junior ana yang hanya berumur 13 tahun, telah dapat menyambung pembelajarannya di Kuwait. Mabruk 'alaik ya ukhti. Ini juga telah menaikkan semangat ana. Kerana, jika adik yang hanya berumur 13 tahun boleh merantau ke negara orang dan insya Allah dapat mencapai cita-citanya, apa entah lagi diri ana. Yang dah cukup dewasa dan matang untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Nasihatku pada diri mu, jaga diri di negara orang ye dik. Semoga adik menjadi gadis solehah dan dapat membanggakan ayah dan ibu(merupakan ustazah ana) adik.Jangan hampakan harapan ayah dan ibu adik ok. =)

Akhir kalam, syukran kepada Mudirah atas segala nasihat yang diberikan. Semoga ia menjadi pedoman dalam hidup ana ini. Kepada sahabat-sahabat, teruskan perjuangan di pelosok bumi mana pun antum berada. Because everything that's new to you, it's called a knowledge. Jaga diri, jaga iman.

w'salam.

Thursday, September 24, 2009

I'm Sorry... But yes, sometimes people do change.

Salamun'alaik. Semoga sentiasa di bawah naungan rahmat Nya.(just want to let you all know, in this entry, i will be using two languages. and it will be a bit emotional one. orite.)

I'm sorry.. that's the magic word that i'm hoping to say it to everyone. Maybe i don't know what i've done wrong. I'm clueless about my own fault that i've already done accidentally. Maybe my words is too harsh. Or maybe i said something that hurts their feelings. (Pening....) (-_-)

Ana baru baca blog sahabat ana. Yes, mungkin kita akan berubah. Sama ada kepada yang lebih baik atau sebaliknya. And due to some circumstances.Tapi ana rasa, semua orang kalau boleh nak berubah kepada yang lebih baik. Begitu juga dengan diri ana. Sentiasa cuba dengan sedaya upaya untuk perbaiki diri. But please... accept me for who i am. Ana bukan malaikat. Ana juga manusia biasa. Yang kadang kala ada membuat khilaf.

Yes, it's true what my friend said in her blog. We can't just pretend to be nice or something just to satisfy others needs. But hey, we also need to change to a better person right? tak kan kita selama-lamanya nak jadi kita yang dulu?. kalau kita tahu yang diri kita yang sebenar ni ada kekurangan, we need to change. Not to satisfy others but it's for our own good. Semua orang suka orang yang baik. Tetapi, tak semestinya orang yang baik tu tidak ada kelemahan. So, accept the fact that everyone is NOT PERFECT.

Ana minta maaf kalau selama ni, ana sering menyusahkan antum.
Ana minta maaf kalau selama ni, ana menyibuk dalam hal antum.
Ana minta maaf kalau ana ada membuat sesuatu yang tidak menyenangkan hati antum.
Ana minta maaf kalau ana tidak dapat menjadi sahabat yang baik.
Ana minta maaf kalau perubahan pada diri ana ni, membuatkan antum tidak mahu berkawan dengan diri ana.

Ana cuma ingin menjadi seorang yang baik seperti kalian. Ana bersyukur dapat kawan seperti antunna semua. Walaupun mungkin lepas ni kita dah berbeza haluan, ana akan tetap ingat antunna semua hingga akhir hayat ana. Sebab antunna adalah wasilah bagi diri ana mendapat Hidayah dari Allah dan menjadikan ana seorang yang lebih baik. Daripada seorang yang jahil, kepada seorang yang mengetahui serba sedikit tentang agama. Ana mengharap... janganlah lunturkan semangat ana untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam. Ana tidak mahu menjadi diri ana yang dulu...

Sahabat, antunna adalah obor yang menyalakan semangat ana tika ana lemah. Antunna adalah mentari yang memancar tika ana dalam gelita. Walau apa pun perubahan yang berlaku, antunna tetap kawan ana. We have been together for as long as i can remember. Through thick and thin. My dear friends, be strong in facing the challenge that will come.Insya Allah, we can overcome it no matter what happens. Ana sayang antunna kerana Allah. Love you all because of Allah. Uhibbukunna fillah.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang."-Surah An-Nur:22

Last but not least, i'm sorry and take care of yourself, especially your Iman. Wallhu'alam.
w'salam.

Wednesday, September 23, 2009

Segala puji hanya untuk Mu Illahi...

Salam'alaik. Ana merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi, dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya, ana dapat menulis di blog ana lagi.

Pertama-tama sekali, minta maaf pada sahabat ana kerana tertunggu-tunggu post ana yang terbaru. ^_^. Sebenarnya, ana kurang sihat beberapa hari yang lalu dan ada sebab-sebab yang tertentu yang membuat ana tidak dapat menulis entry baru. Alhamdulillah, sakit ana dah kurang sikit.

Yang keduanya, sedikit coretan tentang pengalaman ana sepanjang hari raya ini. Alhamdulillah, inilah kali pertama ana beraya memakai purdah. Rasa nervous tu memang ada. Apa ntah lagi, buat pertama kalinya ana akan berhadapan dengan saudara-mara ana, pak cik mak cik, dan sebagainya. Dan yang lebih buat ana nervous, keluarga mak cik ana dari Brunei datang beraya di sini. Diri ini tidak putus-putus berdoa agar dipermudahkan segalanya. Dan sebelum ini pun ana telah mendapatkan nasihat dari seorang ukht, tentang bagaimana ana ingin berhadapan dengan saudara mara ana, memandangkan inilah kali pertama ana memakai purdah di hadapan mereka. Rabbi yassir wa la tu'assir. Ya Allah.. jauhilah aku dari pandangan orang-orang yang zalim. (ada seorang ukht yang ajar ana baca doa ni). amin.

Pada awalnya, ana dapat merasakan mereka kekok dengan penampilan ana. Masing-masing memandang ana dengan pandangan yang agak pelik. Jadi, ana just act macam biasa. That's for my father's side. Yang untuk my mum side, diorang belum tengok ana pakai purdah lagi. Sebab waktu ana sampai rumah nenek sebelah mak ana, diorang dah balik. Agak sedih la juga sebab tak dapat jumpa dengan mereka semua. Ana cuma dapat jumpa seorang je mak cik ana ni. And i'm very happy and thankful to her. ok. cerita dia macam ni. waktu tu ana kat daput dengan mak cik ana ni. Tiba-tiba ada orang (yang tak ada blood relation dengan ana) datang rumah nenek ana. So, ana cepat-cepat pakai purdah. Then, mak cik ana nampak. Lepas tu dia cakap that i look pretty wearing it. ^_^. And i said to her, jangan rasa kekok with me. And she said. It's ok. Because this is my choice. ^_^. waktu tu rasa macam nak peluk dia kuat-kuat. Gembira tak terkata.

Ok. So, the next day, ana keluar dengan mak cik ana sebelah ayah ana pula. And Alhamdulillah, pada hari sebelumnya, mak cik ana ni, ada tengok cerita ayat-ayat cinta kat TV.(dalam cerita ni ada watak seorang wanita yang memakai purdah). So, dia macam boleh accept for who i am now. And my kakak saudara also macam tease me with Aisyah's dialogue whenever she saw me. ^_^.

Moving on to the next story. Alhamdulillah...... Ana berjaya untuk tidak minum air-air gas atau yang berkarbonat yang diboikot!! (insya Allah hingga akhir raya ni and for the rest of my life. doakan ye...). Macam mana ana dapat tahan haus? Masa ada kat rumah-rumah yang air nya tidak diboikot, ana minum dulu sampai hilang haus ana. And, Alhamdulillah, inilah kali pertama seumur hidup ana minta tuan rumah air jarang waktu raya. hehe.. ^_^. Sampai kakak saudara ana kata yang ana ni mengamalkan gaya hidup sihat. huhu..

Hmmm.. kalau antum perasan, kat entry ana kali ni ana banyak tulis Alhamdulillah kan.. memang itu pun niat ana. Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersukur atas segala pemberian Allah. Moga kita tergolong dalam golongan yang sedikit. Kenapa golongan bersyukur ini dipanggil golongan yang sedikit? kerana ramai daripada kita yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Jadi, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Kerana segala yang berlaku ada hikmahnya. Insya Allah.

Akhir kalam, doakan ana semoga ana terus istiqamah dalam segalanya. Diri ana ni lemah dan dhaif. Kadang-kala tergoda dengan bisikan halus syaitan laknatullahi 'alaih. Doakan ana untuk menempuh hari-hari yang mendatang di bumi yang penuh dugaan ini. (malam ni lagi satu family mak cik ana dari Brunei datang....-_-). Sampai di sini dulu.

Ilalliqa' .W'salam.

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak~




Salam'alaik. Semoga sentiasa di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Nya.

Sempena bulan Syawal yang akan tiba nanti, ana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Minal 'aidin wal Faizin. Mohon maaf zahir dan batin.

Maafkan salah silap ana sepanjang tahun ini. Kalau ada terkasar bahasa, tersakitkan hati, terlepas cakap, sama ada yang disengajakan atau pun tidak. Kadang-kala ana tak perasan yang ana dah sakitkan hati orang tu. Jadi, sempena raya ni, ana ingin mohon maaf dari antum semua.

Bagi sahabat-sahabat ana yang nak balik ke kampung, hati-hati ye. Kalau naik kereta jangan lupa pakai seat belt. Yang naik motor, jangan lupa pakai helmet. It's for your own safety. ok.

Sambut raya, sambut juga. Tapi jaga lah akhlak dan adab kita sebagai seorang Muslim. Yang paling penting, jaga iman kita. Solat jangan tinggal. Kadang-kadang dah jalan raya, waktu solat pun lupa. Barang-barang yang boikot, kalau boleh elakkan. hehehe. ^_^. Kalau terpaksa minum air jarang pun tak apa lah k. Itu lebih baik dari tidak ada air langsung untuk diminum.. Ingatlah pada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan dan negara-negara yang dilanda peperangan dan musibah. Semoga Allah melindungi mereka. Hasbi Allah wa ni'mal wakil....

Sampai di sini dulu. Akhir kalam, selamat menyambut Eid Mubarak. Kullu 'am wa antum bi khair. Insya Allah.




W'salam.

Kau pergi jua...

Kau pergi jua...
Setelah cintaku kini membara...
Salam'alaik... Semoga sentiasa dalam pemeliharaan Allah s.w.t. Insya Allah.

Hati ni sedih tak terkata... Sejak akhir-akhir ni, mudah je air mata ni menitis. Sayu diri ini memikirkan yang 'dia' akan berlalu pergi tak lama lagi... 30 hari bersama 'nya' rasa macam tak cukup. tak puas. Tapi, apa kan daya.. ana akur dengan takdir Tuhan bahawa 'dia' akan pergi juga.

Siapa yang ana maksudkan tu? cam kekasih je...

Jawapannya... yang ana maksudkan di atas bukanlah kekasih, tetapi ialah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh barakah, di mana seseorang itu mudah mendapat pahala yang berlipat ganda dengan melakukan kebaikan. Satu bulan yang terjadinya pelbagai peristiwa. Dan bulan Ramadhan inilah yang sering dinanti-nantikan oleh orang Mukmin. Kedatangannya disambut dengan penuh kegembiraan, pemergiannya ditangisi dengan penuh kehibaan.

Alhamdulillah, walaupun ana dalam kesedihan, ana tetap bersyukur kerana dapat bertemu dengan penghujung bulan Ramadhan ini. Namun yang ana harapkan bukanlah penghujungnya berlalu dengan begitu sahaja. Tapi, ijazah 'Taqwa' dari Madrasah Ramadhan ini. Untuk melihat hasilnya, lihat sahajalah pada bulan-bulan yang akan datang nanti. Sama ada, amalan ana sepanjang bulan ini, dapat menjadi manfaat bagi diri ana, atau sia-sia belaka.

Ya Allah, berkatilah amalan kami di bulan Ramadhan ini. Janganlah Engkau menjadikannya sebagai satu amalan yang tidak memberi apa-apa manfaat bagi diri kami. Kekalkanlah keimanan dalam hati ini. Pertemukanlah kami dengan Ramadhan di tahun yang akan datang... Semoga ketaqwaan menjadi milik hamba yang beriman... Insya Allah.. amin.

Akhir kalam...
Ilalliqa' ya Ramadhan Al-Mubarak... =(.

W'salam.






Friday, September 18, 2009

Kepastian...

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Wednesday, September 16, 2009

Sesungguhnya manusia dalam kerugian...

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.
Salam'alaik... Salam lailatulqadar.. Semoga sentiasa di bawah penjagaan dan pemeliharaan Pemilik hati ini Allah Azza wa Jalla. Insya Allah..


Penat seharian ana berjalan membeli barang-barang keperluan menjelang Hari Raya nanti. Macam-macam tempat ana pergi. Lepas beli baju di kedai yang ini, beli benda lain di kedai yang lain pula. Masya Allah... sungguh penat. Balik rumah pula, baju yang dah kering menunggu untuk dilipat.. Tapi, tidak mengapalah. Kerana ingin membantu ibu ana, penat dan lelah ana ketepikan dulu.

Hmm.. sebelum ana keluar pergi membeli belah, ana telah membaca sebuah artikel di suratkhabar mengisahkan tentang kehidupan masyarkat Islam di Perancis. Dikhabarkan oleh seorang wartawan, yang telah menetap di sana selama 7 tahun kerana mengikut suaminya yang berkerja di sana, yang berasal dari Tunisia, keadaan berpuasa di sana agak berbeza dari di negara Asia. Perbezaannya adalah, kalau di negara kami, waktu akhir-akhir Ramadhan semua sedang bersiap sedia untuk ketibaan Hari Raya. Fikirkan nak beli baju raya, kuih raya, kasut baru dan macam-macam lagi. Lagu-lagu raya di corong-corong radio pun sudah makin rancak dimainkan. Saf-saf di masjid pula sudah semakin surut. Kadang-kadang tinggal 2 atau 3 saf sahaja. Tetapi kalau di negara Perancis, waktu 10 terakhir Ramadhan inilah yang masjid makin dipenuhkan. Penuh dengan orang yang ingin beri'tikaf, berqiyam dan sebagainya.

Subhanallah.. ana kagum dengan masyarakat Islam di sana. Walaupun mereka sebuah negara yang hanya 10% sahaja masyarakat Islamnya, tetapi mereka tetap menghidupkan bulan Ramadhan dengan penuh semangat. Seolah-olah negara itu mempunyai masyarkat Islam yang ramai.

Dan sewaktu ana pergi membeli-belah dengan ibu ana, ana mula terfikir tentang keadaab masyarakat Islam di negara ana. Dengan bazar yang sentiasa sesak, penuh dengan masyarkat Melayu/Islam. Lebih-lebih lagi pada malam hari. Di gerai-gerai pula, rancak memainkan lagu-lagu raya. Dan ada pula gerai makan orang Melayu yang tidak tutup waktu tengah hari. Dengan mereka yang tanpa segan silu minum air di depan khalayak ramai, yang tidak menutup aurat... Astaghfirullah... mana sensitivity kita pada orang Islam yang lain yang sedang berpuasa? Dan yang paling penting pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini sendiri.

Ana sedih melihat keadaan sedemikian yang berlaku dengan berleluasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Orang lain sibuk menambah ibadat, melakukan qiyam untuk bertemu Lailatulqadar, sibuk menghabiskan saki baki bulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan meninggalkan kita dengan bertadarrus al-Quran dan melakukan amal kebajikan. Tetapi kita? Sibuk fikir tentang hari raya. Sibuk menghitung hari-hari yang tinggal untuk berpuasa. (countdown), tidak sabar-sabar untuk menyambut hari raya kerana dengan kedatangan Syawal, tidak perlulah lagi bagi mereka untuk berpuasa. Bukan ana suruh antum untuk tidak menyambut hari raya. Sambutlah dengan penuh keriangan. Tapi jangan sampai kita lupa untuk merebut peluang terakhir ini untuk beribadah, bertahajjud di malam hari untuk memohon keampunanNya. Kerana bulan Ramadhan, adalah bulan yang paling mudah untuk mendapat pahala yang berlipat ganda dan doa pula cepat dimaqbulkan.

Masya Allah... Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian... Rugi kerana tidak merebut peluang terakhir ini untuk bersungguh-sungguh melakukan ibadah. Rugi kerana tidak bersungguh-sungguh untuk menikmati bulan Ramadhan. Rugi kerana tidak bersungguh-sungguh untuk bertemu Lailatulqadar.

Ya Allah, ampunilah hamba-hambaMu yang hina dan lemah ini... yang sentiasa berada dalam kerugian. Berkatilah Ramadhan kali ini ya Rabbi...Dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan pada tahun yang akan datang.

Akhir kalam, semoga kita menjadi hamba yang bertaqwa di akhir bulan Ramadhan ini. Dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita telah lakukan dan menerima amalan kita sepanjang bulan ini. Wallahu'alam.

Friday, September 11, 2009

Qiyamulail~

Salamun’alaik. Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin… ana rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. Pentadbir dunia yang fana ini, atas limpahan rahmat dan kurnia Nya, dapat juga ana meneruskan ibadah puasa ana di dalam bulan Ramadhan ini.

Pejam celik, pejam celik dah 20 hari kita berpuasa. Masya Allah, cepatnya masa berlalu. Rasa macam belum puas lagi menikmati ketenangan dalam bulan Ramadhan ini. Dan kini, dia akan meninggalkan kita tak lama lagi… sedihnya… Kadang-kadang ana terfikir, apa je la yang ana lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Boleh ke ana ‘digraduankan’ sebagai seorang yang berjaya dan mendapat ‘ijazah’ Taqwa dari Madrasah Ramadhan… Ya Allah.. Bantulah hamba Mu ini… Berilah kekuatan untuk melawan nafsu sepanjang diriku melakukan ibadah puasa ini..

Subhanallah… dah masuk hari 10 terakhir Ramadhan rupanya.. Waktu ana pergi terawih semalam, seorang pensyarah, iaitu ustaz Saifullah ada menerangkan tentang fadhilat Qiyamulail. Penerangan yang diberikan sangat jelas dan mudah untuk difahami. Semuanya diambil dari kitab Riyadhus Sholihin dan hadis yang diriwayatkan oleh dua ulama’ besar iaitu Imam Nawawi dan seorang lagi….mintak maaf ana tak ingat… -_-. Hmm.. walau apa pun, dari hadis-hadis yang dibacakan sangat-sangat membuatkan ana terfikir dan terus memikirkan tentang amalan-amalan ana. Pada awal muqaddimah tazkirah ustaz, selepas ustaz membaca tajuknya, ustaz mengatakan bahawa walaupun tajuk ini nampak macam dah biasa dan sering dibicarakan mengenainya, tapi belum tentu orang boleh melakukannya. Betul kata ustaz. Qiyamulail rasa macam dah biasa dengar. Atau dengan erti kata lain, dah lali dengan perkataan tersebut. Tapi mampukah kita melakukannya? Satu persoalan yang bertandang di fikiran ana…

Dari hadis yang ustaz sebutkan mengenai Qiyamulail, ana mula bertekad dalam diri ana untuk istiqamah dalam melakukan amalan tersebut. Insya Allah. Ustaz ada menyebutkan tentang hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. di mana beliau melihat Nabi s.a.w. melakukan Qiyamulail sehingga pecah-pecah tapak kaki Rasulullah s.a.w. (atau dalan riwayat lain ada yang mengatakan kaki Nabi bengkak-bengkak. Wallahualam). Masya Allah… itu Rasulullah, yang ma’sum yang telah dijanjikan syurga olehnya, lakukan Qiyamulail dah sampai begitu sekali keadaannya. Lalu sayidatina Aisyah r.a. pun bertanya kepada Rasulullah, mengapa Rasulullah solat hingga keadaan Baginda sedemikian rupa. Lalu Rasulullah menjawab, ‘tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?’. Subhanallah… Mulianya sifat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w… sebak rasanya mendengar hadis tersebut..

Ada satu hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah melakukan Qiyamulail dan ‘berkerja keras’ dalam melakukan ibadahnya pada 10 malam terakhir Ramadhan. Yakni amalan Rasulullah dilakukannya lebih dari bulan-bulan atau hari-hari yang lain pada bulan Ramadhan.

Dan ada dalam hadis lain yang mengatakan bahawa Rasulullah pernah datang ke rumah Sayidina Ali dan Fatimah pada malam hari. Lalu mengejutkan mereka untuk bangun Qiyamulail… Masya Allah… pada zaman sekarang, mana ada bapa mertua mengejutkan menantu bagun Qiyam? Atau menantu mengejutkan bapa mertua untuk bagun solat malam? Hm…fikir-fikirkanlah… Ustaz juga ada mengatakan bahawa sebaik-baik isteri adalah apabila dia mengejutkan suaminya untuk bangun solat, dan apabila suaminya masih tidak bangun, dia akan merenjiskan air ke muka suaminya. Begitu juga sebaliknya. Tapi ustaz cakap jangan simbah air satu baldi sudahlah… huhu.. ^_^.

Dan Ustaz juga ada membacakan satu hadis yang lain, yang mana Rasulullah mengatakan janganlah kamu menjadi seperti sesetengah manusia. Yang mana mereka bangun malam tapi meninggalkan solat malam. Dia qiyamulail juga. Tapi dari segi bahasa saja. Yakni dia bangun malam tapi untuk tonton bola sepak contohnya. Sedangkan Qiyamulail yang sebenarnya adalah untuk berkhalwat (dalam bahasa arab ia membawa maksud bersendirian) dengan Allah, dan bermunajat, berzikir dan menginsafi perbuatan kita. Kerana rugilah orang-orang yang tidak melakukan ibadah-ibadah tersebut..

Jadi, sahabat-sahabat sekalian, rebutlah dan terus merebut peluang yang masih ada di 10 malam terakhir Ramadhan ini dengan melakukan Qiyamulail, berzikir, bermunajat pada Allah, Pemilik nyawa kita, yang sentiasa berada dekat dengan hamba-hambaNya, yang Maha Mengetahui segala isi hati ini, kerana Dia adalah Pencipta kita.. Yakinlah dengan pertolongan Nya.

Hmm.. macam terpanjang pulak entry kali ini. Tapi tidak mengapalah. Semoga dengan izin Allah, ia dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Insya Allah. Sampai di sini dulu. Mudah-mudahan kita mendapat maghfirah dan ganjaran yang terbaik daripada Allah s.w.t pada bulan Ramadhan kali ini. bi iznillah. Insya Allah. Akhir kalam, ana mendoakan agar antum semua menjadi ‘graduan-graduan’ yang cemerlang (dapat 4 flat! Heheh.. amin…) dalam Madrasah Ramadhan ini dengan mendapat ‘ijazah’ Taqwa yang diidamkan setiap mereka yang beriman. Insya Allah. Wallahulam. Wassalam…

Sunday, September 6, 2009

Adakah kita lupa?-Tributes to my dearest ‘10 out of 10’ friends…

Salamun’alaik. Semoga kalian sentiasa di bawah naungan rahmatNya.

Adakah kita lupa? Soalan yang sering ana ungkapkan. Begitu juga dengan sebahagian teman seperjuangan ana. Apa yang telah kita lupakan? Cuba antunna ingat semula niat asal antunna datang ke bumi KUIS ni. Ingat lagi tak? Mesti ada sebahagian kita yang dah lupa. Itulah sebabnya ada yang dah mula yang nak cari jodoh la konon… ana faham kita semua akan berubah. Tetapi, berubahlah kepada yang lebih baik. Bukan sebaliknya.

Duhai teman seperjuangan ana, masihkah kita ingat lagi janji-janji kita pada ibu dan ayah kita? Apa yang kita lafazkan sewaktu kita hendak berpisah dengan mereka? Apa niat asal kita datang ke sini? Atau apakah antunna semua sudah benar-benar lupa?

Sahabat, renunglah kembali saat pertama kali kita di sini. Saat kita nak berpisah dari ibu dan ayah kita. Syahdunya waktu tu… tak dapat ana gambarkan perasaan ayah dan ibu kita. Dengan penuh harapan dan linangan air mata mereka meninggalkan kita untuk kita mencari ilmu dan berjaya mendapatkan segulung ijazah di sini. Tapi ana yakin, bukan itu sahaja yang mereka harapkan. Mereka juga mengharapkan agar ilmu yang kita dapat menjadi manfaat untuk diri kita di masa hadapan kelak. Dan juga untuk membawa satu perubahan yang baru pada keluarga kita nanti.

Akhawat, niat asal kita adalah untuk mencari ilmu. Untuk menjadi seorang yang berjaya. Bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat.
Duhai akhawat ana yang disayangi, janji kita kepada ibu dan ayah kita adalah untuk membuatkan mereka gembira dan berbangga dengan berjayanya kita di taman ilmu ini.
Janji kita adalah untuk belajar bersungguh-sungguh walau apa pun ujian yang datang.

Teman, bukankah kita pernah mengungkapkan agar kita sentiasa bersama mengharungi segala suka dan duka bersama? Untuk sentiasa berada di samping teman-teman kita yang memerlukan bantuan. Mana perginya ungkapan-ungkapan itu sekarang?

Semua sibuk dengan hal masing-masing. Dengan kawan-kawan baru yang semakin lama semakin ramai dan berseminya ukhuwah kita bersama mereka. Bukanlah niat ana untuk menghalang antunna daripada berkawan dengan yang lain. Tetapi bagaimana dengan ukhuwah kita? Semakin hari semakin renggang. Kadang kala tak berjumpa seharian. Tidak mengambil berat masalah kawan-kawan kita. Sampai kita tak tahu apa perkembangan tentang diri mereka..


Ana sedar.. ana di antara yang sibuk sehingga jarang mengambil peduli tentang diri antunna. Maafkan ana. Ana khilaf. Ana sangka antunna semua baik-baik sahaja. Tetapi rupanya telah banyak perkara yang dah berlaku pada diri antunna yang ana terlepas pandang. Ana sibuk menasihatkan kawan-kawan sekuliah ana, tapi kawan seperjuangan ana sendiri ana tidak hiraukan. Sekali lagi, maafkanlah diri ana yang hina dan dhaif ini.

Duhai sahabat yang ana kasihi kerana Allah, ana ingin sekali melihat kita kembali seperti dulu. Hati kita suci dan tulus. Niat dan tujuan kita hanya satu. Sering bersama walau apa pun yang kita lakukan. Tidak ada perasaan su’u zhan antara kita. Tidak istilah nafsi-nafsi. Eratnya ukhuwah kita menyebabkan sesetengah orang cemburu pada diri kita. tetapi bukanlah kecemburuan daripada orang itu yang ana hendakkan, tetapi eratnya ukhuwah kita itu. Sahabat, perjalanan kita masih jauh. Kalau di pertengahan ini kita dah renggang, bagaimana di akhir nanti? Fikir-fikirkanlah…

Duhai teman, ana cuma mengharapkan ukhuwah ini, adalah ukhuwah Fillah… insya Allah…Akhir kalam, semoga doa Rabitah menjadi penguat ukhuwah kita dan ingin ana tujukan lirik lagu ni,(nyanyian kumpulan In-team) untuk antunna semua.

Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh
Ambil yang jernih
Dendam hasad dengki
Mestilah dijauhi

Marilah kita contohi Rasulullah
Dan para sahabat di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sampai di sini dulu. Semoga ukhuwah ini kekal hingga ke syurga. ^_^. W’salam.

Tuesday, September 1, 2009

Hazzun Said lil Imtihan!


Salam'alaik. Semoga antum semua di bawah naungan Rahmat Nya.


Ana di sini ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya pada semua sahabat seperjuangan ana yang akan menduduki peperiksaan akhir semester pada minggu-minggu yang akan datang ini.


Perbanyakkan doa dan jangan lupa untuk berusaha dan seterusnya bertawakkal kepada Allah. Fa iza 'azamta fatwakkal 'ala Allah. Hazzun Said! Aja, aja, aja Fighting! ^_^

Bi taufiq wa najah. Insya Allah.


W'salam~