"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.
Salam'alaik... Salam lailatulqadar.. Semoga sentiasa di bawah penjagaan dan pemeliharaan Pemilik hati ini Allah Azza wa Jalla. Insya Allah..
Penat seharian ana berjalan membeli barang-barang keperluan menjelang Hari Raya nanti. Macam-macam tempat ana pergi. Lepas beli baju di kedai yang ini, beli benda lain di kedai yang lain pula. Masya Allah... sungguh penat. Balik rumah pula, baju yang dah kering menunggu untuk dilipat.. Tapi, tidak mengapalah. Kerana ingin membantu ibu ana, penat dan lelah ana ketepikan dulu.
Hmm.. sebelum ana keluar pergi membeli belah, ana telah membaca sebuah artikel di suratkhabar mengisahkan tentang kehidupan masyarkat Islam di Perancis. Dikhabarkan oleh seorang wartawan, yang telah menetap di sana selama 7 tahun kerana mengikut suaminya yang berkerja di sana, yang berasal dari Tunisia, keadaan berpuasa di sana agak berbeza dari di negara Asia. Perbezaannya adalah, kalau di negara kami, waktu akhir-akhir Ramadhan semua sedang bersiap sedia untuk ketibaan Hari Raya. Fikirkan nak beli baju raya, kuih raya, kasut baru dan macam-macam lagi. Lagu-lagu raya di corong-corong radio pun sudah makin rancak dimainkan. Saf-saf di masjid pula sudah semakin surut. Kadang-kadang tinggal 2 atau 3 saf sahaja. Tetapi kalau di negara Perancis, waktu 10 terakhir Ramadhan inilah yang masjid makin dipenuhkan. Penuh dengan orang yang ingin beri'tikaf, berqiyam dan sebagainya.
Subhanallah.. ana kagum dengan masyarakat Islam di sana. Walaupun mereka sebuah negara yang hanya 10% sahaja masyarakat Islamnya, tetapi mereka tetap menghidupkan bulan Ramadhan dengan penuh semangat. Seolah-olah negara itu mempunyai masyarkat Islam yang ramai.
Dan sewaktu ana pergi membeli-belah dengan ibu ana, ana mula terfikir tentang keadaab masyarakat Islam di negara ana. Dengan bazar yang sentiasa sesak, penuh dengan masyarkat Melayu/Islam. Lebih-lebih lagi pada malam hari. Di gerai-gerai pula, rancak memainkan lagu-lagu raya. Dan ada pula gerai makan orang Melayu yang tidak tutup waktu tengah hari. Dengan mereka yang tanpa segan silu minum air di depan khalayak ramai, yang tidak menutup aurat... Astaghfirullah... mana sensitivity kita pada orang Islam yang lain yang sedang berpuasa? Dan yang paling penting pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini sendiri.
Ana sedih melihat keadaan sedemikian yang berlaku dengan berleluasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Orang lain sibuk menambah ibadat, melakukan qiyam untuk bertemu Lailatulqadar, sibuk menghabiskan saki baki bulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan meninggalkan kita dengan bertadarrus al-Quran dan melakukan amal kebajikan. Tetapi kita? Sibuk fikir tentang hari raya. Sibuk menghitung hari-hari yang tinggal untuk berpuasa. (countdown), tidak sabar-sabar untuk menyambut hari raya kerana dengan kedatangan Syawal, tidak perlulah lagi bagi mereka untuk berpuasa. Bukan ana suruh antum untuk tidak menyambut hari raya. Sambutlah dengan penuh keriangan. Tapi jangan sampai kita lupa untuk merebut peluang terakhir ini untuk beribadah, bertahajjud di malam hari untuk memohon keampunanNya. Kerana bulan Ramadhan, adalah bulan yang paling mudah untuk mendapat pahala yang berlipat ganda dan doa pula cepat dimaqbulkan.
Masya Allah... Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian... Rugi kerana tidak merebut peluang terakhir ini untuk bersungguh-sungguh melakukan ibadah. Rugi kerana tidak bersungguh-sungguh untuk menikmati bulan Ramadhan. Rugi kerana tidak bersungguh-sungguh untuk bertemu Lailatulqadar.
Ya Allah, ampunilah hamba-hambaMu yang hina dan lemah ini... yang sentiasa berada dalam kerugian. Berkatilah Ramadhan kali ini ya Rabbi...Dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan pada tahun yang akan datang.
Akhir kalam, semoga kita menjadi hamba yang bertaqwa di akhir bulan Ramadhan ini. Dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita telah lakukan dan menerima amalan kita sepanjang bulan ini. Wallahu'alam.
Alhamdulillah..tulisan kamu... (^^)~
ReplyDeleteHiksss....semoga kita mendapatkan rahmat,..khusnul khotimah..aminn
ReplyDeleteHiksss....semoga kita mendapatkan rahmat,..khusnul khotimah..aminn
ReplyDelete