Monday, September 28, 2009

Astaghfirullah...Bermuhasabahlah wahai diri..

Salam'alaik. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan keredhaan Allah Azza wa Jalla.

Astaghfirullah...Astaghfirullah.. Astaghfirullah... Ampunkanlah dosaku ya Allah.. Maafkanlah diri ini. Hati ini dah karat dan hitam oleh maksiat yang diri ini lakukan...

Maha suci Allah yang telah menciptakan diri ku..Betapa lemahnya diri ini.. Ketika ujian melanda diri, mudah sahaja diri ini berputus asa. Mengapa? Sedangkan rahmat dan maghfirah Allah itu luas. Tidakkah diri ini mengerti? Bahawa Allah menghitung setiap amalan hambaNya. Walaupun ianya sebesar zarrah.

Hati ini mudah tersinggung oleh kelakuan manusia. Kadang kala diri ini memikirkannya hingga boleh berdendam dengan hamba Allah itu. Kadang kala hingga terbawa-bawa dalam urusan lain. Astaghfirullah... Siapakah diri ini untuk tidak memaafkannya? Membaca blog seorang sahabat ini, cukup-cukup membuatkan diri ini tersedar akan kesilapan yang dilakukan. Al-Quran, kalam Allah adalah penawar yang terbaik untuk hati yang dilanda kegelisahan. Allah berfirman dalam Surah Al-Mumtahanah ayat yang ketujuh: " Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang di antara kamu dengan orang-orang yang pernah kamu musuhi di antara mereka. Allah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang".

Belum cukupkah dengan penjelasan di atas wahai diri yang hina ini? Allah sentiasa mengampunkan hambaNya. Allah Maha Pengampun. Yakinlah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Kita lah yang sering melupakan Allah. Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat ke 186: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan kepadamu (Muahmmad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu....".

Maha suci Allah yang telah menetapkan segala ketentuan. Mungkin ini ujian untuk diriku. Ujian sama ada diri ini benar-benar melakukan sesuatu kerana untuk mendapat keredhaan Allah, atau semata-mata untuk mendapat keredhaan manusia. Jika niatku hanya untuk mendapat keredhaan manusia, sia-sialah segala perbuatan yang diri ini lakukan. Bukan itu sahaja, malah diri ini akan turut merana jika tidak mendapat pujian dari orang ramai.

Ya Allah, berikanlah diri ini sekeping hati yang dapat menikmati kebesaran Mu ya Rabbi. Engkau jadikanlah segala amal perbuatanku ikhlas semata-mata keranaMu. Ya Allah, jika benar-benar diri ini terpilih untuk menjadi salah seorang dari penolong agamaMu, maka Engakau thbatkanlah hati ini di jalan dakwah Mu, di dalam agama Mu dan jua ketaatan pada Mu. Ya Rabbi, maafkanlah kesalahan diri ini. Jadikanlah diri ini seorang pemaaf. Jadikanlah diri ini seorang yang redha dengan ujian yang melanda. Di samping tidak menjadi hamba yang berputus asa dengan rahmat dan maghfirah Mu.

" Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (begitu sahaja dengan) mengatakan: "kami telah beriman" sedangkan mereka belum diuji lagi. Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta". -Surah Al-'Ankabut: 2-3.

Wallahu'alam.

1 comment:

  1. assalamualaikum...adakah dengan menyatakan sesuatu kepada seseorang sambil berkata "muhasabah diri sendiri" adalah salah atau riak??

    ReplyDelete