Saturday, September 26, 2009

Ar-Ruhul Jadid!

Salamun'alaik. Semoga antum sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

Semalam, merupakan hari yang bahagia untuk diri ana. Dan membuatkan seolah-olah mendapat semangat yang baru.(Ruhul jadid). Bahagia nya adalah kerana ana dapat menziarahi madrasah ana, bersama sahabat seperjuangan yang lain. (kali ini hanya 4 orang sahaja yang dapat menziarahi madrasah). Ini sudah menjadi adat bagi kami untuk ziarah ke madrasah setiap kali pulang cuti ke tanah air. Dan salah satunya untuk melepaskan rindu pada asatizah merangkap Murabbi kami yang tidak putus-putus memberi kami nasihat serta iringan doa walaupun kami telah tamat pembelajaran kami di sana.

Sewaktu berjumpa dengan Mudirah kami, inilah kali pertama kami berbual panjang bersama dirinya. Hampir setengah jam kami berada di dalam pejabatnya. Pada awalnya, seperti biasa, kami akan dijemput masuk ke dalam pejabatnya dan dipersilakan duduk, sambil-sambil menikmati kuih-muih yang diberikan kepada kami. Menanyakan khabar serta hal ehwal kami di sana, sudah menjadi lumrah bagi diri insan yang bernama Mudirah itu. Perbualan kami bermula apabila salah seorang dari asatizah itu menanyakan tentang masa depan kami setelah tamat diploma kami. Ana menjawab insya Allah ana akan pergi ke Jordan. Begitu juga salah seorang dari sahabat ana. Dan ada pula ingin menyambungnya di Malaysia.

Setelah kami menyatakannya, giliran sahabat ana pula untuk menanyakan soalan. Soalan dia lebih kurang begini: Kalau sesebuah universiti itu tak diiktiraf oleh kerajaan kami, susah tak nak dapat kerja?. Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mendalam, Mudirah ana menjawab soalan itu dengan penuh berhikmah. Dia berkata, mendapatkan kerja itu, adalah rezeki dari Allah. Mana-mana pun kita boleh dapat. Jangan fikir yang jika sesebuah universiti itu jika tidak diiktiraf oleh kerajaan, kita tidak akan mendapat kerja. Soal kerja, boleh difikirkan kemudian. Yang penting, isi dulu dada ini dengan ilmu. Carilah ilmu sebanyak yang mungkin selagi mampu. Seperti sabda Rasulullah: carilah ilmu hingga ke negeri Cina. Ini bermakna hatta di negera yang kita tidak memahami bahasa dan adat mereka pun, kita harus mencari ilmu dengan sedaya upaya. Dengan ilmu yang kita ada, insya Allah bila kita pulang ke negeri asal kita, mungkin Allah akan melembutkan hati majikan kita untuk mengambil kita untuk berkerja. Walaupun mungkin dari universiti yang tidak diiktiraf.

Mudirah ana menceritakan pengalamannya. Beliau mengatakan bahawa sebelum ini,beliau menyambung belajar ke universiti di Indonesia. Dan pada waktu itu pula, universiti tersebut tidak diiktiraf di negara kami. Tetapi dengan berkat ilmu dan rezeki yang Allah berikan, serta tawakkalnya kepada Allah, beliau mendapat juga pekerjaan yang baik dan sesuai untuk dirinya. Dan pada zaman beliau pula, orang ramai memandang rendah pada mereka yang menyambung pengajiannya dalam bidang agama. Pada kaca mata mereka, orang yang dalam bidang agama ini, tidak mempunyai masa depan yang baik. Dan mungkin juga tidak akan mendapat pekerjaan atau gaji yang lumayan. Tapi ini semua tidak menjadi pengahalang bagi diri sesorang yang yaqin dengan janji Allah.

Seterusnya, beliau memberi kami nasihat agar sentiasa merendah diri. Dan belajar untuk cuba menyesuaikan diri dan berkawan dengan orang-orang yang bukan dari negara yang sama dengan kita. Tidak lupa juga untuk menjaga ukhuwah kami dengan mereka. Ini adalah untuk kebaikan diri kita juga. Kerana dengan mempunyai kawan dari berbeza negara, kita dapat membantu antara satu dengan yang lain. Jika kami dalam kesusahan, mereka akan bantu kita. Dan jika mereka memerlukan bantuan, insya Allah kami juga akan bantu mereka.

Hmm.. Kami berempat diam seribu bahasa. Kami semua hanya mampu mengangguk dan terus mengangguk. Semua yang dikatakan oleh mudirah ada betulnya. Dan ini seakan-sekan membuatkan ana mendapat semangat baru untuk meneruskan pembelajaran ana hingga ke menara gading. Segala yang dikatakan, akan cuba ana mengaplikasikannya sebaik mungkin. Agar diri ini tidak tewas dengan kelemahan jiwa ini yang sering resah gelisah dengan cabaran dan dugaan yang ana hadapi.

Sewaktu sem lepas, diri ini hampir-hampir tewas. Rasa macam dah tak nak belajar. Dengan kawan-kawan yang kadang-kala tidak sehaluan. Dengan masalah-masalah lain yang cukup-cukup mengacau-bilaukan hidup ana. Jadi tak keruan ana dibuatnya. Tapi, atas usaha sahabat-sahabat memberi nasihat serta kata semangat yang tidak henti-henti, Alhamdulillah, akhirnya ana dapat juga belajar dan cuba fokus sebaik-baiknya sewaktu kuliah.

Dan ana juga mendapat berita bahawa seorang adik junior ana yang hanya berumur 13 tahun, telah dapat menyambung pembelajarannya di Kuwait. Mabruk 'alaik ya ukhti. Ini juga telah menaikkan semangat ana. Kerana, jika adik yang hanya berumur 13 tahun boleh merantau ke negara orang dan insya Allah dapat mencapai cita-citanya, apa entah lagi diri ana. Yang dah cukup dewasa dan matang untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Nasihatku pada diri mu, jaga diri di negara orang ye dik. Semoga adik menjadi gadis solehah dan dapat membanggakan ayah dan ibu(merupakan ustazah ana) adik.Jangan hampakan harapan ayah dan ibu adik ok. =)

Akhir kalam, syukran kepada Mudirah atas segala nasihat yang diberikan. Semoga ia menjadi pedoman dalam hidup ana ini. Kepada sahabat-sahabat, teruskan perjuangan di pelosok bumi mana pun antum berada. Because everything that's new to you, it's called a knowledge. Jaga diri, jaga iman.

w'salam.

No comments:

Post a Comment