Sunday, September 6, 2009

Adakah kita lupa?-Tributes to my dearest ‘10 out of 10’ friends…

Salamun’alaik. Semoga kalian sentiasa di bawah naungan rahmatNya.

Adakah kita lupa? Soalan yang sering ana ungkapkan. Begitu juga dengan sebahagian teman seperjuangan ana. Apa yang telah kita lupakan? Cuba antunna ingat semula niat asal antunna datang ke bumi KUIS ni. Ingat lagi tak? Mesti ada sebahagian kita yang dah lupa. Itulah sebabnya ada yang dah mula yang nak cari jodoh la konon… ana faham kita semua akan berubah. Tetapi, berubahlah kepada yang lebih baik. Bukan sebaliknya.

Duhai teman seperjuangan ana, masihkah kita ingat lagi janji-janji kita pada ibu dan ayah kita? Apa yang kita lafazkan sewaktu kita hendak berpisah dengan mereka? Apa niat asal kita datang ke sini? Atau apakah antunna semua sudah benar-benar lupa?

Sahabat, renunglah kembali saat pertama kali kita di sini. Saat kita nak berpisah dari ibu dan ayah kita. Syahdunya waktu tu… tak dapat ana gambarkan perasaan ayah dan ibu kita. Dengan penuh harapan dan linangan air mata mereka meninggalkan kita untuk kita mencari ilmu dan berjaya mendapatkan segulung ijazah di sini. Tapi ana yakin, bukan itu sahaja yang mereka harapkan. Mereka juga mengharapkan agar ilmu yang kita dapat menjadi manfaat untuk diri kita di masa hadapan kelak. Dan juga untuk membawa satu perubahan yang baru pada keluarga kita nanti.

Akhawat, niat asal kita adalah untuk mencari ilmu. Untuk menjadi seorang yang berjaya. Bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat.
Duhai akhawat ana yang disayangi, janji kita kepada ibu dan ayah kita adalah untuk membuatkan mereka gembira dan berbangga dengan berjayanya kita di taman ilmu ini.
Janji kita adalah untuk belajar bersungguh-sungguh walau apa pun ujian yang datang.

Teman, bukankah kita pernah mengungkapkan agar kita sentiasa bersama mengharungi segala suka dan duka bersama? Untuk sentiasa berada di samping teman-teman kita yang memerlukan bantuan. Mana perginya ungkapan-ungkapan itu sekarang?

Semua sibuk dengan hal masing-masing. Dengan kawan-kawan baru yang semakin lama semakin ramai dan berseminya ukhuwah kita bersama mereka. Bukanlah niat ana untuk menghalang antunna daripada berkawan dengan yang lain. Tetapi bagaimana dengan ukhuwah kita? Semakin hari semakin renggang. Kadang kala tak berjumpa seharian. Tidak mengambil berat masalah kawan-kawan kita. Sampai kita tak tahu apa perkembangan tentang diri mereka..


Ana sedar.. ana di antara yang sibuk sehingga jarang mengambil peduli tentang diri antunna. Maafkan ana. Ana khilaf. Ana sangka antunna semua baik-baik sahaja. Tetapi rupanya telah banyak perkara yang dah berlaku pada diri antunna yang ana terlepas pandang. Ana sibuk menasihatkan kawan-kawan sekuliah ana, tapi kawan seperjuangan ana sendiri ana tidak hiraukan. Sekali lagi, maafkanlah diri ana yang hina dan dhaif ini.

Duhai sahabat yang ana kasihi kerana Allah, ana ingin sekali melihat kita kembali seperti dulu. Hati kita suci dan tulus. Niat dan tujuan kita hanya satu. Sering bersama walau apa pun yang kita lakukan. Tidak ada perasaan su’u zhan antara kita. Tidak istilah nafsi-nafsi. Eratnya ukhuwah kita menyebabkan sesetengah orang cemburu pada diri kita. tetapi bukanlah kecemburuan daripada orang itu yang ana hendakkan, tetapi eratnya ukhuwah kita itu. Sahabat, perjalanan kita masih jauh. Kalau di pertengahan ini kita dah renggang, bagaimana di akhir nanti? Fikir-fikirkanlah…

Duhai teman, ana cuma mengharapkan ukhuwah ini, adalah ukhuwah Fillah… insya Allah…Akhir kalam, semoga doa Rabitah menjadi penguat ukhuwah kita dan ingin ana tujukan lirik lagu ni,(nyanyian kumpulan In-team) untuk antunna semua.

Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh
Ambil yang jernih
Dendam hasad dengki
Mestilah dijauhi

Marilah kita contohi Rasulullah
Dan para sahabat di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sampai di sini dulu. Semoga ukhuwah ini kekal hingga ke syurga. ^_^. W’salam.

No comments:

Post a Comment