Tuesday, April 7, 2009

Wajarkah beralasan dengan Ibu...

- Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap makanan dan memandikan kita.
Kita membalas budi Ibu dengan menangis sepanjang malam.


- Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyuapkan kita makanan istimewa dan berzat untuk kita.
Kita membalas budi Ibu dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.


- Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon.
Kita membalas budi Ibu dengan menconteng dinding rumah.

- Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju Raya.
Kita membalas budi Ibu dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

- Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita sekolah.
Kita membalas budi Ibu dengan menjerit "Saya tidak mahu ke sekolah".

- Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuition,
membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya.
Kita membalas budi Ibu dengan tidak menoleh langsung ke belakang dan
mengucapkan terima kasih setiap kali Ibu menghantar kita.

- Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak.
Kita membalas budi Ibu dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran.

- Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya kita tidak terlalu banyak menonton TV.
Kita membalas budi Ibu, dengan asyik menonton TV sebaik saja Ibu keluar rumah.

- Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan.
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada 'taste'.

- Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik berkerja sehari suntuk.
Kita membalas budi Ibu dengan mengunci diri dan bersendirian di dalam bilik.

- Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam
kerana enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan.

- Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke university,
mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel.
Kita membalas budi Ibu dengan bersalaman hanya di luar dorm kerana malu dilihat kawan-kawan.

- Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin, adakah kita punyai boyfriend atau girlfriend?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepo lah!"

- Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita.
Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Saya tak mahu jadi macam Ibu!"

- Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri.
Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru.
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

- Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa
Ibu kasih dan sayang pada kita.
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

- Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberikan nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita.
Kita membalas budi Ibu dengan berkata "Zaman sekarang lain Ibu!"

- Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan tentang majlis kenduri di kampung.
Kita membalas budi Ibu dengan berkata "Saya sibuk!".

- Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang.
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan kerja dan terpaksa balik segera.

- Kemudian pada suatu hari Ibu meninggal dunia...
Kita membalas jasa Ibu dengan tidak tahu memandikan jenazahnya, mengapankan jenazahnya dan mengimami solat jenazahnya..

Apakah sebenarnya
Terbuku di kalbumu
Apakah erti linang air mata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisaku rungkainya
rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditanggung hati ibu
Namun ku percaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda
Duhai ibu.... -Airmata Ibu.
p/s: Ibu, do forgive me.. The time when i was not there for you.. The time when you are down and out,
when you need someone to talk to. But i was not there.
But don't worry Ibu. because Allah will always be with you. And my love for you will never fade...
ouhkay Ibu. Smile and LOVE you always.muackz..!! syafakillah Ibu..jgn lupe mkn ubat and have a gd rest k... =)

No comments:

Post a Comment