Wednesday, April 29, 2009

Renungan Buat akhawatku..

Salam ukhuwah ana ucapkan kpd akhawat sekalian.

Sekadar renungan bersama

dan sedikit nasihat dari sahabatmu yg tk berapa sempurna ini

Yang masih kurang dlm segalanya.



Duhai akhawat yg ana sayang krn Allah

sejak kecil lagi

kamu sudah dididik utk menutup aurat

sehelai kain di kepalamu itu

kamu memakainya dengan penuh keikhlasan




Akhawat yg ana kasihi krn Allah

semakin hari, kamu semakin meningkat dewasa

rupa parasmu yang dahulunya comel

kini sudah menjadi jelita



Akhawat yg ana cintai krn Allah

di saat dunia yg sudah dicemari dgn sistem skularisme ini

kamu masih tetap memakai sehelai kain itu

tetapi duhai akhawat

mengapa ada semcm kelainan yg ada pada dirimu

kamu seakan-akan menunjuk-nunjuk akan pakaian mu itu


Duhai akhawat ku syg

dgn pelbagai fesyen,

kamu memakai sehelai kain itu

niat mu yg dulunya suci dan tulus

kini telah berubah dgn serta merta

kamu memakainya hanya untuk dipuji

dan disanjungi oleh orang di sekeliling mu

dan sehelai kain itu

kamu memakainya mengikut trend semata-mata
dan mungkin juga kerana terpaksa


Akhawat ku

di manakah terletaknya Imanmu?

kamu lebih mementingkan nilaian org ramai

terhadap dirimu

tapi bagaimana pula dgn nilaian dari Tuhanmu, Allah Azza Wajalla?


Duhai akhawatku

Pakailah sehelai kain di kepalamu itu

kerana Allah semata-mata

tidak mengapa kalau dirimu itu tidak dipuji

tidak mengapa jika dirimu tidak menjadi rebutan kaum lelaki

kerana apa yang pasti

Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan mu itu


Akhawat ku syg

Sedarlah bhw maruah seorang muslimah

terletak pada sehelai kain itu

kerana jika kamu memakai sehelai kain itu

dgn sempurna seperti yg telah ditetapkan oleh syarak

maruah mu pasti terjaga

Insya Allah.


Akhir kalam

jagalah Iman di hatimu

semoga kamu menjadi maratus solehah

yg ingin dipandang mulia disisi Allah

dan tidak mengharapkan pujian dari orang lain.


w'salam.

-Mujahidatul Muslimah-






No comments:

Post a Comment