Salam'alaik. semoga antum sentiasa berada di bwh naungan rahmatnya..
hm.. Seperti yg kte sume tahu, Iblis, syaitan dan jin adlh makhluk halus, atau makhluk ghaib yg kte tdk dpt lht dgn pancaindera kte. kerana Allah telah menghijabkan mata kita, dari melht makhluk2 itu. dan seperti yg kita tahu juga, iblis, syaitan dan jin kafir adlh musuh kita. Firman Allah s.w.t. dlm surah al-kahfi, ayat yg ke 50:".....oleh itu patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannnya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu musuh bagi kamu..." Jadi adlh penting bagi kita utk mengetahui kelemahan dan kekuatan musuh kita, supaya dengan pengetahuan tersebut, dapatlah kita lebih berhati-hati dan berwaspada.
Rahsia-rahsia Iblis telah diperjelas kpd manusia dari dialog-dialog seperti yg tlh diriwayatkan dlm beberapa hadis.
Dalam satu riwayat yang telah diceritakan oleh Anas bin Malik r.a. katanya: Iblis telah bertanya kpd Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman utk mrk b'teduh dan b'zikir kpd Mu, oleh itu tunjukkanlah aku tmpt kediaman utk ku.
Firman Allah s.w.t,"Tempat kediamanmu adlh di dlm tandas".
Iblis bertanya lagi:" wahai Tuhanku, Engkau tlh berikan anak Adam b'kmpl di masjid, di manakah pula tmptku b'kmpl?
Firman Allah s.w.t,"Tempatmu b'kmpl ialah di psr-psr, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, tmpt hiburan serta majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya:" wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam itu kitab Al-Quran utk mrk membacanya.Tunjukkan
apa pula bahan bacaanku?
Firman Allah s.w.t.,"Bacaan utkmu ialah syair dan sajak yg melalaikan."
Iblis bertanya:" wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kpd mereka cerita-cerita benar. apakah pula cerita bagiku?
Firman Allah s.w.t.,"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta".
Iblis bertanya:" wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kpd anak Adam utk mrk memanggil org solat. apa pula azan untukku?
Firman Allah s.w.t.," Azan bagimu ialah seruling."
Iblis bertanya:" wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusanMu dari para Rasul dan juga Nabi, siapakah yg menjadi utusanku?
Firman Allah s.w.t."Para utusan mu terdiri drpd bomoh, tabib, dan dukun yg menduakan Aku".
Iblis bertanya:" wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yg bertulis kpd mrk, apkh pula tulisan bagiku?
Firman Allah s.w.t.,"Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di bdn."
Iblis bertanya:"wahai Tuhanku, apakah pula perangkap bagiku?
Firman Allah s.w.t.,"Perangkap bagimu ialah wanita".
Iblis bertanya:" ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yg halal yg disebutkan nama Mu, apakah pula minuman untukku?
Firman Allah s.w.t.," Minumanmu ialah sesuatu yg memabukkan serta tdk disebut namaKu padanya."
Sabda Rasulullah s.a.w." Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuanmu. Sesungghunya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yg ringan namun berterusan(Istiqamah). - Hadis riwayat Muslim.
Duhai sahabat2 sekalian, setelah membaca dialog yg dibualkan oleh Iblis kpd Allah, ana hrp kita muhasabah lah diri kita. moga kita tdk menjadi atau terikut perbuatan yg menjadi amalan syaitan dan sekali gus membuatkan dia menjadi 'sahabat' kita. na'uzubillah min zalik. nantikan satu lagi dialog. iaitu dialog di antara Iblis dgn Rasulullah s.a.w. k. smpi di sini shj. jg diri, jg Iman. Wallahu'alam.. dan w'salam.
p/s: Petikan di atas di ambil dari buku yg b'tajuk"Rahsia utk umat Islam", oleh Nazri Zakaria.
No comments:
Post a Comment