Wasiat pertama: Jangan menyekutukan Allah.
Firman Allah s.w.t:" Dan ingatlah ketika Luqman al-Hakim berkata kepada anaknya, di waktu ia memberikan pelajaran kepadanya:"Wahai anakku janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah itu betul-betul kezaliman yang besar".(Surah Luqman:13)
Wasiat kedua:Berbuat baik kepada Ibu Bapa.
Firman Allah s.w.t.:" Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya, yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan memeliharanya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu, hanya kepada Ku tempat kembalimu."(Surah Luqman:14)
Wasiat ketiga: Sedar akan pengawasan Allah.
Firman Allah s.w.t.:"(Luqman berkata): Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi,dan berada dalam batu di langit atau di bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."(Surah Luqman:16)
Wasiat keempat: Dirikanlah solat.
Firman Allah s.w.t.:" (Luqman berkata) Wahai anakku! Dirikanlah solat."(Surah Luqman:17)
Wasiat kelima: Menyuruh melakukan perkara yang baik.
Firman Allah s.w.t.:"Dan suruhlah mengerjakan perkara yang baik."(Surah Luqman:17)
Wasiat keenam: Mencegah kemugkaran.
Firman Allah s.w.t.:" Dan cegahlah mereka dairpada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(Surah Luqman:17)
Wasiat ketujuh: Sabar menghadapi cubaan.
Firman Allah s.w.t.:" dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(Surah Luqman:17)
Wasiat kelapan: Jangan berlagak sombong.
Firman Allah s.w.t.:" Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong)."(Surah Luqman:18)
Wasiat kesembilan: Tidak berjalan dengan sombong.
Firman Allah s.w.t.:" Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi angkuh."(Surah Luqman:18)
Wasiat kesepuluh: Melangkah dengan sederhana.
Firman Allah s.w.t.:" Dan sederhanalah kamu dalam berjalan."(Surah Luqman:19)
Wasiat kesebelas: Rendahkanlah suaramu.
Firman Allah s.w.t.:" Dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara itu adalah suara keldai."(Surah Luqman:19)
-Mujahidatul Muslimah-
No comments:
Post a Comment