Saturday, May 2, 2009

Jadilah seorang pemaaf...

Pada suatu hari, sedang Nabi s.a.w. berkumpul dengan para sahabat dekat Kaabah, seorang lelaki asing lewat dihadapan mereka. Setelah lelaki itu berlalu, Nabi berkata kepada para sahabat:" Dialah ahli syurga." Hal ini dikatakannya hingga tiga kali.

Timbul rasa ingin tahu mengenai kenyataan Nabi di kalangan sahabat, terutama Abdullah bin Umar. "Ya Rasululllah, mengapa engkau katakan itu kepada kami, padahal selama ini kami tidak pernah mengenalnya sebagai sahabatmu? sedang terhadap kami sendiri yang selalu mendampingmu engkau tidak pernah mengatakan hal itu?". Tanya Abdullah.

Lalu sebagai seorang contoh, Nabi memberi jawapan halus lagi bijak."Jika engkau ingin tahu tentang apa yang aku katakan, silakan engkau tanyakan sendiri kepadanya."

Dek rasa amat ingin tahu, pada suatu hari, Abdullah bin Umar menyengajakan dirinya untuk berkunjung ke rumah orang asing itu.
"Wahai saudara, kelmarin sewaktu engkau lalu di hadapan kami, Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa engkau seorang ahli syurga. Apa gerangan yang menjadi rahsia sehingga Rasulullah s.a.w. begitu memuliakan mu?" Tanya Abdullah.

Lelaki itu tersenyum seraya berkata,"Sesungguhnya aku tidak pernah melakukan apa-apa. Aku bahkan tidak memiliki kekayaan apa-apa, baik ilmu mahupun harta yang dapat kusedekahkan. Yang aku miliki hanyalah kecintaan kepada Allah, Rasulullah dan kepada sesama manusia. Dan setiap malam sebelum tidur, aku selalu berusaha menguatkan rasa cinta itu, sekali gus berusaha untuk menghilangkan perasaan benci yang ada terhadap sesiapa sahaja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun."

Demikianlah tadi kisah seorang asing yang menjadi ahli syurga hanya kerana sikapnya yang suka memaafkan orang lain. Kisah ini juga memberikan gambaran bahawa perasaan benci bukan sahaja mengakibatkan fitnah dan permusuhan, bahkan penyakit batin yang boleh membunuh maruah seorang Mukmin yang mendambakan keredhaan Allah.

Memelihara perasaan benci dan marah, bererti menyimpan egoisme. Ada nya perasaan benci, bererti adanya sikap menyalahkan orang yang dibenci. Dan menyalahkan orang lain bererti membenarkan sikap dan tindakan sendiri.

Sikap yang palimg bijaksana adalah selalu menilai diri sendiri, dan sekali gus menjadi seorang pemaaf. Itulah yang dilakukan oleh Nabi sepanjang perjalanan hidupnya kerana ia adalah sebaik-baik contoh bagi orang Mukmin. Wallhu'alam..

Sekian, w'salam.
-Mujahidatul Muslimah-

1 comment: