Sunday, May 3, 2009

Apa dah jadi??


"Allah tidak memberi Hidayah kepada orang yang kita sayang,

Tetapi Allah memberi Hidayah kepada mereka yang ingikan Hidayah tersebut.."


Salamun'alaik kpd pembaca semua. Semoga Allah mengekalkan hati kita dalam agama Islam dan ketaatan kepadaNya. Insya Allah...


Mungkin, ramai yang sudah membincangkan isu ini. isu apa? tentang remaja-remaja wanita atau perempuan, mengenai pemakaian mereka. Masya Allah.. apa perasaan ana? sedih, kecewa, hancur luluh hati ana melihat remaja2 perempuan ini, yang akan menjadi bahan api neraka di akhirat kelak.. Na'uzubillah min zalik.. apatah lagi, sebahagian besar remaja2 perempuan ini, adalah terdiri daripada kaum kerabat ana, sahabat handai yang dahulunya pernah sama2 berjuang mencari ilmu agama, bagi memastikan remaja yang bersekolah di sekolah secular, memahami Islam. Tapi apa dah jadi sekarang? kerana terlalu mengikut hawa nafsu, akhirnya mereka juga kecundang.. Astaghfirullah.....


Melihat gambar2 mereka di friendster, facebook, dan sebagainya.. sangat2 mengecewakan ana.. i'm speechless.. tak tau nak cakap ape... dengan baju 'spaghetti stripe', dengan rambut yang diwarna2 kan.. mereka memetik2 gambar..seakan-akan tidak takut dengan dosa yang dilakukan. Astaghfirullah.. ada pula yang hanya memakai tudung ketika pergi ke majlis2 agama.tapi selepas itu? mana tudung nya pergi?? ada pula yang memakai tudung, tapi memetik gambar bersama lelaki yang bukan mahram mereka.

Ya Allah... jangan jadi Munafiq duhai sahabatku!! hukum-hakam yang telah ditetapkan Islam bukan untuk kamu mempermain-mainkannya..di satu saat, kamu seakan membela Islam, di saat yang lain, kamu mempersendakan Islam.. Masya Allah.. 'Hebat' sungguh mereka2 ini...


ana sedih sangat2.. ingin sahaja ana mentarbiyah diri mereka.. tapi bagaimana? ana tak tau bagaimana nak approach mereka. apatah lagi, ana seakan-akan tiada waktu untuk mentarbiyah diri mereka. Astaghfirullah... Lemahnya iman hamba Mu ini ya Allah.. melihat maksiat yang berleluasa di depan mata, tapi tidak berdaya untuk melakukan apa2.. Ya Allah... sampai bila harus mereka sedar, bahawa mereka ini seorang yang beragama Islam? Tuhan mereka adalah Allah. Tapi kenapa mereka seakan-akan menafikannya? Ya Allah... berilah Taufiq dan HidayahMu kepada mereka. supaya mereka dapat merasakan nikmat kasih sayangMu. Supaya mereka dapat merasakan manisnya Iman..


Duhai sahabat2 ku, jagalah maruah mu... jangan kerana nafsu, kamu menggadaikan segalanya.. terutama sekali tudung mu itu. Tidak salah bagi kamu untuk mencari ilmu. carilah ilmu di mana sahaja yang kamu kehendaki. tapi kalau ianya memaksa kamu untuk membuka aurat, lebih baik kamu tinggalkan tempat itu. Kerana agama itu lagi penting dari segalanya. tidak rugi kamu meninggalkan tempat itu kerana Allah pasti menemukan kamu di tempat untuk mencari ilmu yang jauh lebih baik. Duhai sahabtku, junjunglah agama di kepala mu, dan peganglah dunia di tangan mu. jika sekiranya agamamu seakan-akan ingin jatuh dari kepalamu, lepaskanlah dunia, dan tahan lah agamamu itu dari terjatuh..

Sampai di sini sahaja.. Akhir kalam.. semoga sahabat2 ana yang sudah tersasar jauh dari agama ini, kembalilah ke pangkal jalan. Bertaubatlah kepada Allah selagi hayat di kandung badan. kerana Allah maha Pengampun. Allah tidak pernah melupakan hambanya. tetapi, kita lah yang sering melupakan Allah Azza wa Jalla. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita... Insya Allah.. Wallhu'alam. semoga Allah mengampunkan dosa2 yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita ini... Insya Allah... amin..
W'salam.

No comments:

Post a Comment