Sunday, May 24, 2009

Pengalaman Induksi/Ta'aruf09/10 (1)

Salamun'alaik... Hamdan lillah... ana mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia nya, selesai sudah intake pertama bagi sesi ta'aruf 09/10. hmm... bsk da mula lagi pengambilan bagi intake kedua. moga Allah kuatkan iman serta tabahkan hati2 fasilitator2 yang akan bertugas pada intake ini.

Subhanallah... pada intake pertama ini, dan kerana inilah kali pertama ana menjadi seorg fasi, bnyk pengalaman serta pengajaran yang ana dapat. mungkin ana tak dapat nak kongsikan semuanya pada post kali ini, sebab ana punyai urusan lain selepas ini. ni pun kerana tangan ni dah gatal nak taip dan post entry baru. maklum la.. mesti ada yang tertunggu2 cerita baru dari ana kan? hehe.. ke tak ada yang nak baca eh? hm.. mintak maaf la.. ana ni suka syok sendiri.. huhu..

hmm.. k la. nak mula dari mana ye... k2. tema kami pada kali ialah 'Dakwah dan Islah'. jadi memang start dari induksi fasi2 sudah ditarbiyah lebih awal dari adik2 atau sahabat2 yang akan masuk nanti. Induksi ni sebenarya persediaan bagi fasi2 utk menjemput adik2 yang baru masuk nanti. hm.. dan pada waktu induksi la kami berta'aruf dengan fasi2 yang lain, bagi memudahkan lagi gerak kerja kita. best sgt. selain mengenal fasi2 yang lain, secara tidak langsung juga, mengeratkan ukhuwah antara kita yang da pernah kenal sebelum ni. kalau sebelum ni jarang bertegur sapa, sekarang ni da rasa macam adik beradik sendiri. manis betul ukhuwah fillah ni..=)


ana tak nafikan perjalanan sepanjang ta'aruf ni, memang mencabar. mana kena marahnya, dengan terkejar2 masa, dengan tak cukup tidur.. hmm.. memang penat dan meletihkan. tapi apa kan daya, bak kata seorang akak senior ana, 'keje ni keje mulia tau. keje tolong JPM' heheh... memang pun.. nasib baik la ada kita kan. huhu.. kalau tak, tonggang terbalik agak nya JPM tu.. dan nasib baik juga ana mempunyai sahabat2 yang tak putus2 memberi kata2 semangat kepada kawan2 nya yang hampir2 undur diri dari ta'aruf ni. Allahu yubarik fik...

hm... pada intake pertama ni sebanyak 960 lebih mahasiswa yang masuk.. masa induksi, kami telah diberitahu mahasiswa yang confirm masuk utk ketiga2 intake jumlahnya 3000 lebih. hmm.. bayangkanlah.. fasi tak sampai 150 orang.. bukan nak complain.. cume nak mengadu je.. hehe..tak la.. insya Allah.. kalau kerja kerana Allah, insya Allah, Allah akan bantu mempermudahkan segalanya..apatah lagi sekarang kelas pun dah mula. assignment pun dah dapat.. jadi, agak stress la jugak.. Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla.. insya Allah...

dan dalam ta'aruf ni, sebagai seorang fasi, sudah tentu ana ada berkenalan dengan pelajar baru..(yang muslimat je ye..)hm.. ana ada berkenalan dengan kawan2 baru. kenapa ana panggil kawan? sebab kita sama umur.. huhu.. mintak maaf la pada sahabat2 yang memanggil ana 'akak' disebabkan mereka tidak tahu umur ana.. ada yang salam cium tangan ana sume.. hehe..tapi ana selalu tak benarkan mereka buat cam tu. sebab ana sendiri rasa serba salah.. ada yang rapat nan ana, ana beritahu mereka umur ana. nanti kalau dia dengar ada yang panggil ana 'akak' mesti dia gelak.. hehe.. seronok dapat kawan baru yang sama umur.. apatah lagi kawan ana ni, walaupun baru masuk, tapi da pakai niqab. best sangat..=)
hmm.. sepanjang ta'aruf ni, pelajar2 baru, memang sering diberi nasihat. dan fasi2 sering mangambil peluang2 yang ada untuk tarbiyah mereka. memang ada yang uat tak tahu je. tapi itulah cabaran kita. mudah mudahan terbuka lah pintu hati mereka satu hari nanti. dan pada yang mendpat hidayah Allah, mudah mudahan mereka terus istiqamah.. Insya Allah..amin..

hmm.. itulah sedikit sebanyak tentang pengalaman ana menjadi fasi. banyak lagi nak cite. tapi disebabkan ana sekarang ni berada di CC, jadi cam tak ada privacy sangat. hmm.. k la. sampai di sini dulu. apa2 nanti ana update lagi k.

Salam sayang dan rindu dari ana. doakan kami semua di sini ye.. semoga kami tabah menghdapi segala rintangan dan dugaan di sini. Insya Allah..

Ya Allah, engkau tabahkanlah hati kami dalam mentarbiyah adik2 atau sahbat2 yang baru masuk ke taman ilmu yang penuh barakah ini. mudah-mudahan mereka mendapat Taufiq dan Hidayah dari Mu. amin...

w'salam..
-Mujahidatu Muslimah-

No comments:

Post a Comment