Salamun'alaik.. apa khabar semua? semoga sentiasa di bwh naungan rahmat Yang Esa. Insya Allah...
Srikandi Islam akhir zaman... Gelaran yang cukup memberikan semangat kepada diriku untuk terus berdakwah di bumi yang fana ini. Gelaran untuk siapa? untuk akhawat atau kakak2 yang ana bertemu dan sekali gus berta'aruf dengan mereka di taman yang penuh barakah iaitu KUIS. Walaupun ana lambat satu sem untuk berta'aruf dengan mereka, sedangkan sebahagian sahabat ana sudah mengenali mereka sejak awal sem lagi. namun, pertemuan yang hanya mengambil masa selama beberapa bulan sahaja itu, telah banyak mengajar ana erti ukhuwah,erti kehidupan ini dan sebagainya. secara langsung atau tidak.
Ye, mungkin mereka tidak berapa kenal akan diri ana. yang mana mungkin mereka hanya mengenali ana sebagai budak s'pore, adik sem 2, dan sebagainya. tapi ana tak kisah tu semua. tidak mengapa mereka tidak mengenali diri ana, asalkan ana dapat mengenali mereka. kerana apa? kerana Ilmu yang mereka ada. Akhlak mereka dan banyak lagi. Masya Allah... ana tak sangka ana akan bertemu dengan orang-orang seperti mereka. mereka merupakan generasi yang akan menjadi warithatul anbiya'. ana sangat kagum dengan keperibadian mereka.
Nak tahu siapa kakak2 yang ana maksudkan? hmm.. tak perlu bagitahu nama eh. ana just cakap watak mereka je k.
Ukhti yang pertama: masya Allah... ana kagum sangat dengan ukhti ni.. ana suka baca penulisan di blog nya. best! yela... kalau nak dibandingkan dengan ana nya, seribu kali baik dia punya. kalau ana baca blog dia, pasti ada saje ilmu baru yang ana dapat. apatah lagi, dia banyak menerangkan tentang hukum2. lebih2 lagi soal niqab. best sangat. Penyampaian yang terang dan jelas. dan ukhti ni juga, sentiasa ceria apabila berjumpa dengan adik2 atau kawan2nya. dan dia sentiasa memberi nasihat yang memberangsangkan. Allah yubarik fik... uhibbukifillah.
Ukhti yang kedua: Alhamdulillah ana dipertemukan dengan ukhti yang sangat comel. ana berta'aruf dengan dia sewaktu di kuliah dhuha. yang disampaikan oleh seorang ukhti yang ana kagumi. hm.. itupun secara kebetulan dia bertanyakan tentang nama ana. ana masih ingat ukhti ni cakap dengan ana, suruh kawan2 ana yang lain memanggil ana dengan nama penuh. jangan short form2. hm.. dia baik sangat. tak pernah nampak dia marah2. and dia suka senyum. kadang2 ana sendiri pelik kenapa dia asik senyum je. hmm.. pape pun, semoga ukhti sentiasa diberkati Allah.. Uhibbukifillah...
Ukhti yang ketiga: Alhamdulillah, sekali lagi, secara kebetulan ana mengenali dirinya. waktu tu, ada usrah. dan masa tu pulak, dia join usrah dengan kita. ana tau dia senior. hmm.. masa tu sedang berbincang tentang isu ideologi. dan dia bertanya pendapat ana dan juga rakan2 yang lain. tapi memandangkan ana kelihatan agak serious dalam membicarakan soal ni, dia ingin tahu pendapat ana dengan lebih lanjut. tapi, biasalah. ana kan ilmu tak banyak. jadi jawapan ana tu, ok2 je la.dan selepas itu, ukhti ni, ada menolong ana dalam menyelesaikan beberapa masalah yang ana hadapi. jazakillah khairan kathiran. semoga ukhuwah ini akan terus b'kekalan. Insya Allah.
Ukhti yang keempat: Hamdan lillah, ukhti yang mempunyai tutur bicara yang sangat sopan. seorang yang mengambil berat tentang diri orang lain. Ana masih ingat waktu tu, kawan ana 'sakit', dan kemudian, dia datang ke asrama, untuk melihat keadaan kawan ana tu. dia sempat memberi nasihat kepada ana dan juga rakan-rakan yang lain. Ukhti ni meletakkan tangan nya di dada ana dan berkata bahawa semangat kena kuat. Insya Allah... ana juga suka membaca blog nya yang sangat comel dan penuh dengan kata-kata hikmah. Allahu yubarik fik ya ukhti. Uhibbukifillah.
Ukhti yang kelima: Ukhti ni junior ana dari segi semester. tapi dia senior ana dari segi umur. hm.. sebenarnya, kali pertama bertemu sewaktu di kuliah dhuha. tapi disebabkan waktu tu, dia kelihatan macam budak pendiam, jadi ana tak berbual dengan dia. tapi selepas itu, kita bertemu lagi. masa tu ada NUTRA. training untuk jadi naqib dan naqibah yang berkualiti. dan pada yang sama, ana sekumpulan dengan dia. jadi, dari situlah kita rapat dan ukhuwah semakin erat. Ukhti ni banyak memberi ana nasihat dan dorongan. dan kami juga suka bertukar-tukar pendapat. best sangat. sekali lagi, Allahu yubarik fik wa uhibbukifillah, semoga ukhuwah ini terus berkekalan.
Ukhti yang keenam dan ketujuh: kedua-dua akhawat ni, adalah naqibah ana untuk usrah. hmm.. very humble person. kalau waktu usrah tu, kadang-kadang yang datang cuma ana seorang je. seorang ukhti ni macam pendiam gitu. jadi berbual pun bila dia tanya je. hehe.. Ukhti ni baru berkahwin. dia ada jemput, tapi minta maaf, kerana tak dapat datang. dan ukhti lagi seorang ni, ok la jugak.lebih mudah diajak berbual. Tapi sekarang ni, naqibah ana da tukar. hmm.. semoga Allah memberkati akhawat semua. Syukran jazilan atas ilmu yang telah diberikan. and of coz, uhibbukifillah.
Ukhti yang kelapan: hmm.. ukhti ni, ana da kenal sejak awal sem lagi. dia housemate sahabat2 ana. so, sekali gus ana berta'aruf dengan dia sekali. very cute and kind hearted. ana anggap dia macam kakak ana sendiri. ana senang bila berbual dengan dia. sebab dia kelakar. hehe.. pape pun, mudah mudahan ukhuwah ni berkekalan. Insya Allah. Uhibbukifillah ya ukhti...
Ukhti yang kesembilan: hmm.. ukhti ni pun ana kenal sejak awal sem. dia jadi fasi untuk ta'aruf. dan dia juga sama syubah dengan ana. dan ukhti ni je seorang pelajar dari s'pura yang memakai niqab di sana. very humble and kind. baru2 ni je ana rapat nan dia. tu pun secara kebetulan ana memberitahu dia, tentang meeting untuk budak2 international. semoga ukhuwah ini berkekalan ya ukhti. uhibbukifillah...
Ramai lagi akhawat yang ana kenal. semua baik2 dan sopan2 belaka. dengan semangat yang ada pada diri mereka, menjadi pendorong bagi akhawat yang lain. kalau nak bandingkan ana dengan mereka, akhlak mereka jauh lebih baik. Mereka jugalah yang secara tidak langsung telah merubah diri ana, dan buat ana berusaha untuk jadi yang lebih baik.Hamdan lillah. ada hikmahnya ana masuk ke kolej ini. walaupun ana agak kecewa kerana ana mendapat berita bahawa, untuk menyambung pengajian ke Al-Azhar, siswazah dari kolej di malaysia terpaksa mengulang dari tahun satu. ini sama sahaja seperti rakan2 ana yang hanya menyambung pre-u di s'pura. apatah lagi, mereka hanya perlu menyambung selama dua tahun sahaja. Tapi, Allah Maha Mengetahui. ana sudah tidak boleh berpatah balik. apa yang ana perlu buat, adalah untuk meneruskan sahaja pengajian ana di sini. dan Allah telah menghiasi hidup ana di kolej ini, dengan menemukan ana dengan akhawat yang cukup baik. Alhamdulillah. semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Sampai di sini dulu. akhir kalam, semoga ukhuwah yang dibina ini, akan terus berkekalan walau kita berada di negara yang berlainan. insya Allah...
w'salam.
-Mujahidatul Muslimah-
No comments:
Post a Comment