Tuesday, February 9, 2010

Penghinaan yang melampau!

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah s.w.t. berfirman: " Sesunggunya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan kamu dengan kawan-kawan (orang Musyrik Quraish). Kerana itu, janganlah kamu berasa takut dengan mereka, tetapi takutlah kepada Ku jika kamu benar-benar orang yang beriman" (Surah Ali Imran: 175)

Salam seindah syurga Firdausi, yang maharnya hanyalah Iman dan Taqwa seorang hamba itu. Setinggi-tinggi kesyukuran ana rafakkan ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia serta InayahNya, dapat juga ana menulis satu lagi entry di blog ana ini. Selawat dan salam ana hulurkan buat kekasih yang amat ana rindui iaitu, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, para sahabat Baginda dan para tabi'in serta penyambung mata rantai dakwah ini.

Ayat yang di atas itu, adalah ayat yang Allah tujukan buat para Mujahid cinta, yang sentiasa bermujahdah untuk menggapai keredhaanNya. Ayat itu adalah untuk para Mujahid, supaya tidak sedih dengan cercaan dan hinaan orang lain. Dan mereka tidak perlu takut dengan hinaan tersebut.

Tujuan ana menulis entry ini adalah kerana ana terpanggil untuk memberi sedikit respon terhadap dua 'website' yang ana terbaca, di mana pada website tersebut ada menghina ahli poltik Malaysia iaitu Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz, dan seorang lagi, Anuar Ibrahim. Antum boleh melayari ke laman web ini : www.papagomo.com & www.darulehsantoday.blogspot.com

Ana tidak pasti apa tujuan mereka menghina ulama terkemuka di Malaysia ini. Apakah mereka ini mempunyai 'personal vendetta' atau iman mereka dalam tahap yang amat kritikal. Sehingga dalam salah satu entry di blog 'darul ehsan today' itu, ada mengatakan atau melabelkan Tok Guru sebagai 'anjing tua'. Astaghfirullah........ Dan banyak lagi kata-kata nista yang ditulis di dalam blog tersebut tentang Tok Guru NIk Aziz dan juga Anuar Ibrahim.

Sahabat-sahabat sekalian, ana tidak akan marah jika orang yang mereka hina itu, memang layak menerima penghinaan sebegitu (Yahudi laknatullahi 'alaih). Walaupun pada hakikatnya, sebagai seorang manusia kita memang hina pada pandangan Allah. Namun, untuk menghina Ulama' yang digelar sebagai 'Warithatul 'Anbiya' itu, amat menyakitkan hati. Malah sahabat ana ada yang menangis membaca setiap bait-bait kata penghinaan yang dilontarkan kepada ulama' tersebut.

Apakah penulis yang menulis entry tersebut sudah hilang akal? Atau menulis entry tersebut dalam keadaan akalnya tidak waras? Wallahu'alam. Ana mendoakan agar penulis yang menulis blog tersebut, dapat bertaubat dengan segera.

Lihatlah betapa jahilnya umat manusia zaman ini. Sehinggakan tidak tahu mana yang haq dan mana yang batil. Ulama' tidak lagi dihormati atau dijadikan contoh dan rujukan dalam kehidupan. Malah mereka menghina dan mencaci dengan seburuk-buruk cacian. Namun, jika kita singkap semula perjuangan Rasulullah, lebih teruk cacian dan cercaan yang dikenakan terhadap Baginda.

Namun demikian, ana harap sahabat-sahabat dapat bersabar kerana ini adalah satu ujian bagi diri seorang Mukmin. Allah s.w.t. berfirman:" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata orang-orang yang berjihad di antara mu dan belum nyata orang-orang yang sabar". (Surah Ali Imran: 142)

Akhir kalam, semoga Allah membalas segala perbuatan si fulan itu dengan ganjaran yang setimpal terhadap apa yang dilakukan.

W'salam

Wallahu'alam.


5 comments:

  1. Sayang,

    Nabi pun ada musuh. Tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini.

    Setiap kejadiannya kan berpasang pasang. Ada baik ada jahat dan lain lain.

    Apabila membaca sesuatu itu tentulah dengan fikiran terbuka. Jauhi dari blog yang menggunakan perkataan begitu tapi cuba cedok intipati kenyataan blog blog tersebut.

    Umpama kalau tiada angin tidak akan ada pokok bergoyang.

    Sila layari http://kickdefella.wordpress.com untuk menghalusi lagi apa sebenarnya Tuan Guru Nik Aziz itu. Dia adalah dari kalangan PAS juga. Mungkin dia tidak berpuashati tapi itu bukan persoalannya kita menghukum dia tapi semak fakta yang di bawa beserta bukti.Berfikiran terbuka lah kerana di dalam al quran di banyak tempat menyuruh kita menggunakan akal.

    Sesuatu nya ilmu itu bukan ibarat burung kakak tua. Hafal semua tau semua sudah di panggil berilmu.

    Ilmu itu hidup dan menghidupkan. Terpancar cahaya ilmu itu diwajah, dalam kelakuan, kata kata dan semakin tajam fikirannya. Pendeknya berhemah tinggi. Ada saya lihat di tv di mana Nik Aziz memarahi blogger dengan perkataan, "Celaka, celaka, celaka semua sekali".

    Pernah nabi pulang dari Mekah dengan darah mengalir di kakinya akibat perbuatan penduduk Mekah yang masih kafir. Kemudian muncul malaikat berupa manusia mengujinya. Bertanyakan mengapa dia tidak membalas setidak tidaknya selepas ini. Jawapan nabi, "Tak mengapa, mereka masih belum mengetahui kebenaran".

    Bandingkan hal kedua dua ini.

    Cuba lihat jawapan jawapan Tuan Guru Nik Aziz dalam soal politik.

    Tidak ada kesan nur ilmu itu di situ.

    Jangan la tertipu dengan populariti. RAmai lagi guru guru yang baik tetapi tersembunyi.

    Buka lah fikiran... yang benar di terima yang buruk di tolak.

    Berdoalah semuga kita benar benar di tunjuk jalan yang lurus kerana orang yang bercita cita jadi insan yang baik semakin kurang kini.

    Jangan salah anggap dengan rupa tetapi amati kejernihan wajah yang terpancar dari hati yang jernih.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kpd pemberi komen,

    Syukran atas komentarnya... Ana sekadar pemerhati. memerhati mana yang baik dan mana yang buruk. Tidak berniat untuk menyentuh soal politik di sini. Walaupun politik itu sebahagian dari Islam. Namun, bukan itu tujuan ana menulis entry ini. ana lebih pentingkan soal kita sebagai Muslim. Islam menyuruh kita mneghormati insan yang digelar ulama'. As i said, ana sekadar pemerhati. So, as long as Islam is concern, ana akan beri pendapat ana.

    Akhir kalam, sekali lagi, syukran atas komen tersebut. Jazakallah khaira jaza'.

    Wallahu'alam. (Allah yang lebih Mengetahui)

    ReplyDelete
  4. Orang yg berilmu itu bukan hanya yg ada ilmu,tetapi juga beradab dan berakhlak.

    Kickdefella tu bukan PAS.Istri die pun tak pakai tudung.

    Media baru ni bukan bahan utk kita jadikan sebagai bahan rujukan.Tiada bukti dan asas.

    Time kasih kepd mujahidah.Semoga nti mendapat gnjaran di sisi Allah atas pembelaan terhdap ulama'.

    Ulama' bukan Rasulullah,iaitu manusia biasa yg tidak maksum.Selagi dia masih menjunjung perjuangan Islam dan tidak melakukan perkara-perkara yg jelas kesalahannya,kita bertanggungjawab menyokongnya.

    ReplyDelete
  5. Syukran kerana memberi penjelasan tentang perkara ni. Allahu yubarik fik.

    ReplyDelete