Friday, January 29, 2010

Untukmu Islam, agamaku yang tercinta~

Salam'alaik. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Allahuakbar walillahil hamd...

Demi Islam, ana rela berkorban dan berjuang menegakkannya! Itulah tekad ana. Bak kata seorang ustaz ana, yang telah mendatangkan hadis bahawa Rasulullah bersabda, pada akhir zaman nanti, umat Islam yang ingin mengamalkan Islam ibarat mengenggam bara api. Susah. Payah. Itulah yang kadang kala membuatkan kita para Mujahid Cinta sering berputus asa.

Pada awalnya bersemangat, tapi bila dicaci, dikutuk dihina dicerca dan sebagainya, mulalah kita rasa 'down'. Sedih. Dukacita. Itupun hanya kata-kata hinaan yang 'ringan-ringan' sahaja. Cuba kita singkap kembali sirah Rasulullah sewaktu Baginda berdakwah. Lagi hebat cercaan yang dikenakan. Hinaan serta kutukan yang dilemparkan pada Rasulullah, tidak pernah terlintas di fikiran. Cuba kamu bayangkan, Pak Cik kamu sendiri merangkap abang atau adik kepada ibu bapa kamu, yang menghina dan menjadi dalang utama dalam menyekat dakwah kamu. Apa yang akan kamu rasa? Itulah yang terjadi pada diri Rasulullah. Namun, Baginda tidak pernah berputus asa. Demi Islam, Baginda tidak berhenti menyampaikan risalahnya.

Seringkali ana mendengar alasan yang berbunyi seperti ini "Kita cuma manusia biasa", "Iman kita naik turun", " Saya tidak layak lagi untuk berdakwah dan beri nasihat". Ayat-ayat seperti ini yang sering membelenggu diri kita. Sampai bila? Sampai bila kita ingin terus-terusan mempunyai mentaliti seperti itu? Semua pendakwah manusia biasa. Semua pendakwah juga mempunyai nafsu. Malah iman mereka juga kadang kala naik setinggi langit, dan kadang kala turun menjunam ke bumi. Namun, apakah dengan alasan-alasan seperti ini membuatkan kita hanya duduk dan lihat? Membiarkan umat Islam diitndas? Menjadikan diri kita 'hamba' dan boneka pada golongan kuffar yang sedang mendominasi dunia pada hari ini. Nasihat ana, Islah nafsak wad'u ghairak. Perbaiki diri dan berdakwah yang lain. Jangan malas untuk perbaiki diri. Usaha dan terus usaha. Di samping itu, pertingkatkan ilmu. Baik ilmu duniawi atau ukhrawi. Siapa yang ingin kebaikan, Allah akan menjadikannya bijaksana dalam bidang agama. Dan dengan mengenali Islam kita boleh memperbaiki diri. Tertegaknya Islam dengan hujjah. Dengan itu, wajib bagi setiap dari kita untuk menuntut ilmu.

Sedarlah... sedarlah duhai sahabat-sahabat ana yang masih mempunyai iman di hati. Minda kita sedang dikuasai oleh golongan kuffar. Liciknya mereka menyusun strategi untuk meruntuhkan moral manusia pada masa kini, terutamanya golongan remaja. Meraka memasukkan unsur-unsur seks di dalam kebanyakkan drama dan sebagainya. Unsur-unsur pemujaan terhadap Lucifer (nama syaitan yang mereka sembah) terhadap lagu-lagu yang seringkali menjadi siulan remaja zaman ini. Tidak hairanlah jika kerana mendendangkan lagu-lagu mereka itu, iman ini menjadi lemah. Malas untuk beribadah. Ini hanyalah kerana perkataan-perkataan yang kita ungkapkan rupanya pemujaan terhadap Tuhan mereka. Astaghfirullah...

Syaitan mebuatkan perkara yang batil itu nampak indah. Dan golongan kuffar ini menanamkan dalam minda manusia bahawa Islam adalah perkara yang gharib dan ganas. Semua yang umat Islam lakukan pasti ada yang tidak kena pada pandangan mereka yang sudah dijajah mindanya oleh golongan kuffar. Dan kitalah yang seharusnya merubah persepsi mereka. Tunjukkan akhlak yang baik. Be a good Muslim~

Ya Allah selamatkan kami umat di akhir zaman dengan iman yang terpelihara... Jadikan kami Mujahid yang tidak kenal erti putus asa, yang tidak kenal penat dan lelah. Bantulah mujahid yang lain yang sedang berjuang di jalan Mu, yang ingin menegakkan agama Mu.

Ayuh para Mujahid, para Ansorullah! Bangun dari lenamu yang panjang. Islam tidak memerlukan kita, tapi kita yang perlukan Islam. Ayunkan langkah kaki untuk berdakwah pada sekalian manusia yang masih dijajah mindanya oleh ideologi barat yang meruntuhkan moral dan akhlak seseorang. Terus mara merempuh tembok-tembok yang terselindung disebaliknya perkara yang batil. Ya Allah, thabatkanlah hati ini pada agamaMu, ketaatan padaMu, dan jalanMu.

Wallahu'alam.

W'salam.

1 comment: