Akhawat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan, tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang di sekitarnya. Pantang baginya membuka aurat, dan mempamerkan kepada sesiapapun, kecuali pada mahramnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalam berghadul bashar (menundukkan pandangan) dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempesona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya kala dia berjalan, tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang senantiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun, di manapun dirinya berada. Tak ada perbendaharaan kata ‘cemburu buta’ dalam kamus kehidupannya. Dia yang senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah sang suami kepadanya. Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada sang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar dari wajahnya. Sifat tawadhu’ adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi ditempat kerja (wajihah dakwah), tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan di manapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti jannatii selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Totalitas dalam menyokong dakwah suami menderma bakti mengurus generasi penerus berjiwa Rabbani.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dia yang selalu menghindari sesuatu yang syubhat terlebih hal-hal yang diharamkan-Nya. Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada pandainya dia merayu dan banyaknya airmata yang menitik, tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang melesat tajam daripada tiap nada bicara yang keluar dari bibirnya. Dia yang memiliki perasaan yang tajam untuk selalu berbuat ihsan kala di tempat umum mahupun kala sendirian.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yang dia hafal, tetapi daripada keteguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahaminya. Al-Quran dan As- sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelar yang disandangnya serta luasnya wawasan atau lincahnya dia bergerak, tetapi tingginya ghairah unutk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. Menjadi akhawat sejati, nescaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insane berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu…
Menjadi akhawat sejati,
Seperti yang dicontohkan Khadijah, Aisyah, Hafsah, Maimunah, Shafiyah, Fatimah Az-Zahra, dan para shahabiyah radiyallahu’anha ajmai’an.
Dipetik dari buku "Engkau Memang Cantik" oleh Burhan Shodiq.
No comments:
Post a Comment