Saturday, December 12, 2009

Berlapang dadalah duhai sahabat...

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang sentiasa berjuang untuk menegakkan keadilan. Hamdan lillah... Setinggi-tinggi kesyukuran ana rafakkan kepada Allah, Pemilik hati dan jiwa ini, Pentadbir langit dan bumi. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarganya dan para sahabat serta para tabiin dan seterusnya para penyambung rantai dakwah ini.

Alhamdulillah... Setelah sebulan lebih Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) bertungkus lumus menyusun gerak kerja, mendesak pihak atasan untuk menurunkan yuran, berjumpa dengan pihak-pihak tertentu dan sebagainya, akhirnya Allah memberikan mereka ganjaran yang setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan. Iaitu apabila pihak kerajaan sedia memberi wang sebanyak 5 juta untuk disalurkan pada KUIS bagi menangani isu yuran tersebut. Dan pada hari khamis bersamaan 10 disember 2009, mereka telah secara rasminya dibubarkan. Tapi, sekiranya ada permasalahan lain yang timbul, mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekali lagi.

Buat pengetahuan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, ana tidak menafikan bahawa ana adalah penyokong GMS. Dan insya Allah, selagi ana masih bernafas, dan selagi mana apa yang mereka lakukan tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah, ana akan tetap menyokong mereka.

Kepada sahabat-sahabat ana yang tidak dapat menerima hakikat bahawa ana, dan beberapa sahabat ana yang lain menyokong GMS, ana harap, kita tidak akan merenggangkan ukhuwah ini hanya kerana berlainan fikrah. Atau jika antum tidak suka ana menggunakan perkataan-perkataan arab atau so called 'islamik' seperti itu, ana akan ubahkannya kepada perkataan berlainan 'pendapat'. Sukacita sekali ana ingin menyatakan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga sering berlainan pendapat. Begitu juga dengan para ulama' dan sebagainya. Adalah tidak wajar bagi diri seorang mukmin untuk memutuskan tali silaturrahim hanya kerana berlainan pendapat. Kerana apa yang pasti, matlamat kita hanyalah satu. Iaitu untuk menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil. Sekali gus menegakkan Islam di muka bumi ini.

Terkadang diri ini cuba sedaya upaya untuk berlapang dada dengan respon-respon yang diberikan. Ada yang bermasam muka ketika berjumpa, ada yang hanya senyum tapi buat-buat. Ada yang layan nak tak nak, dan seribu satu macam lagi respon yang diberikan. Sindiran dan kutukan tak usah dibahaskan lagi. Sudah menjadi kebiasaan bagi diri yang digelar sebagai daie. Bak kata seorang ustazah, jika kita keluar, jangan lupa untuk bawa cermin. Jangan asik bawa lampu suluh. Hmm.. kalau nak difikirkan, memang makna dari kata-kata ni amat mendalam. Apa yang dimaksudkan iaiah, sesekali tu, tengoklah pula kesalahan diri. Tengoklah diri tu kat cermin. Kot-kot ada yang tak kena dengan diri kita. Dan jangan asik 'menyuluh' atau mencari kesalahan orang lain je.

Seperti apa yang terjadi sekarang ni, bila ada benda yang tak kena sikit, semua orang tunding jari kat GMS. Habis tu, orang-orang yang tunding-tunding jari tu ada buat apa-apa ke untuk memperbetulkan keadaan?? Kalau antum ada banyak idea yang nak disumbangkan, kenapa tak lontarkan idea-idea bernas antum tu? Ini tidak, asik dok ngumpat, kutuk, mancarut benda-benda mangarut, memfitnah dan sebagainya. Kerja tak pulak buat. Hmpf... inilah sikap kita. Asik menyalahkan orang lain, tapi kelemahan sendiri tak nampak.

Berlapang dadalah duhai sahabat... Apa yang GMS bawa adalah untuk antum juga. Mahasiswa. Bukan untuk mak cik cleaner atau pak guard. Jadi apa yang antum tidak puas hati? Cara mereka salah? antum ada cadangan lebih baik? Berunding? Sampai bila? Yaumul Qiyamah? atau 2012? (kalau kat movie drg kate tahun ni terjadi hari kiamat. Wallahu'alam).

Sahabat-sahabat yang sentiasa di bawah perlindungan Allah sekalian... Jangan suka membuat kesimpulan tanpa mengetahui hakikat yang sebenar. Jangan kita jadi seorang yang berat sebelah. Dengar dulu hujah dari kedua-dua belah pihak. Bagaimana kalau satu hari nanti kita menjadi seorang pemimpin? Sedangkan sifat seorang pemimpin itu harus adil. Walaupun hakikatnya, tiada manusia yang lebih adil dari Rasulullah s.a.w dan tiada siapa yang lebih adil dari Allah s.w.t. Namun, itu bukanlah alasan bagi kita untuk tidak jadi seorang yang adil.

Akhir kalam, muhasabahlah diri kita. Diri kita tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan. Andainya diri ini ada melukakan hati atau menyakitkan hati antum, harap dimaafkan. kalau ada apa-apa yang antum tak puas hati dengan ana, boleh berbincang. jangan pendam. takut-takut antum jadi pendendam. na'uzubillah min zalik.

Buat sahabat-sahabat GMS, semoga Allah memberi sebaik-baik balasan buat diri antum. Teruskan menegakkan yang haq dan menghapuskan yang batil. Insya Allah, Allah bersama kalian.

W'salam.

No comments:

Post a Comment