Salam'alaik.
Allah s.w.t. berfirman: " Telah berjaya orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya.". (Surah al-mu'minun:1-2)
Sahabat-sahabat yang ana kasihi, Allah telah menyebut bahawa seorang yang berjaya itu adalah mereka yang khusyuk di dalam solatnya. Ini bermakna, kita tidak akan mendapat kejayaan sekiranya kita leka dan lalai dalam solat.
Justeru itu, sebagai seorang mahasiswa atau seorang penuntut ilmu, rebutlah peluang sebanyak mungkin dalam melakukan ibadah-ibadah atau solat-solat sunat seperti solat Dhuha, Tahajud, taubat dan yang lainnya. Lebih-lebih lagi pada musim peperiksaan ini. Kerana inilah masa kita untuk lebih merapatkan diri dan bergantung harapan hanya kepada Allah disaat kita berjauhan dari ibu bapa kita.
Perbanyakkanlah doa dan bertawakkal kepada Allah, di samping tidak lupa untuk terus berusaha. Fa iza 'azamta fa tawakkal 'ala Allah. Mohon keredhaan dan restu ibu bapa serta para pensyarah yang mengajar kita. Dengan restu mereka, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita dalam menjawab peperiksaan nanti. Insya Allah.
Akhir kalam, bi taufiq wa najah lil imtihan nihai kepada sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan. Semoga kita semua dapat melakukan yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Insya Allah. Hazzun said~
W'salam.
No comments:
Post a Comment