Saturday, February 27, 2010

Apabila tidak ingin berterus terang...

Salamun’alaik. Salam mujahadah. Hamdan wa syukran lillah rabbil ‘alamin. Solatan wa salaman ‘ala rasulillah Muhammad s.a.w. wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim. Semoga kalian di bawah lindungan dan rahmat Nya selalu. Insya Allah.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah, apabila kita tidak berterus terang tentang perkara yang sebenar, terjadilah perkara-perkara yang mazmunah seperti mengumpat, mengata tentang keburukan seseorang itu, berburuk sangka dan sebagainya. Tetapi, pada hakikatnya, kita tahu bahawa perkara ini adalah satu dosa dan boleh menjadikan tiitk-titik hitam di hati kita. Namun, apakah usaha yang kita lakukan untuk mengelak dari melakukan perkara tersebut? Jawapannya mudah. Berterus terang.

Tidak sebegitu mudah untuk kita berterus terang dengan seseorang itu. Mengapa? mungkin banyak jawapan atau alasan yang diberikan oleh individu tersebut. Salah satunya mungkin takut kalau-kalau hamba Allah itu terguris hati atau takut persahabatan atau ukhuwah itu akan putus gara-gara terlalu berterus terang. Mungkin ada beberapa langkah yang kita boleh guna untuk berterus terang.

Pertamanya, kita boleh menyuruh seseorang itu untuk menjadi ‘cermin’ bagi diri kita. mintalah pendapat dia. katakan pada dirinya untuk berkata yang benar dan berterus terang tentang sifat atau apa-apa sahaja tentang diri kita. kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seorang mukmin itu adalah cermin bagi mukmin yang lain. Ini adalah kerana kita tidak akn mungkin mengetahui silap kita seandainya tiada sesiapa yang ingin menegur. Justeru itu, dengan meminta seseorang itu untuk menjadi ‘cermin’ bagi diri kita adalah jalan yang agak mudah untuk dia berterus terang tentang perkara yang dia tidak puas hati dengan kita atau ingin sampaikan pada kita. namun, si penerima itu haruslah berlapang dada dan bersedia dengan apa yang ingin dia sampaikan.

Yang keduanya, sentiasa husnu zhon tentang sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja di sekeliling kita. dalam surah al-hujurat ayat yang ke 12 Allah berfirman: “ Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebgian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah diantara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang”. Dengan bersangka baik, kita tidak menuduh seseorang itu secara melulu tanpa usul periksa. Atau sekiranya memang kita tidak boleh menghilangkan sangkaan yang buruk itu, cubalah selidik dahulu perkara yang sebenar sebelum menghukum. Mungkin dengan cara ini dapat menghilangkan perasaan buruk sangka itu. Dan jaganlah pula kita terlalu berahsia sehingga membuatkan orang lain timbul perasaan syak wasangka dengan keadaan diri kita. Berterus teranglah seandainya perkara itu tidak terlalu peribadi atau tidak terlalu sensitive untuk diperbualkan.

Ana harap, dengan cara sedemikian dapat kita mengurangkan atau membuang terus tabiat kita yang suka mengumpat dan berburuk sangka terhadap orang lain. Mungkin ada banyak lagi perkara-perkara lain yang membolehkan seseorang itu untuk berterus terang dan sekali gus mengelakkan diri kita dari sifat mazmumah itu. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu memang mempunyai sifat semula jadi dalam berterus terang.

Akhir kalam, segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari diri ana sendiri walaupun pada hakikatnya kedua-duanya dari Allah. Dan mungkin apa yang ana tulis itu ada yang tidak betul kerana semuanya itu dari sudut pandangan ana. Maklumlah ana bukan professor atau pakar psikologi. Ana sekadar pelajar yang mengambil diploma yang sentiasa ingin belajar sesuatu yang baru. Jika ada kesilapan, silakan tegur.

Wallahualam.

W’salam.

p/s: Salam Maulidur Rasul.

No comments:

Post a Comment