Friday, October 16, 2009

Jangan memutar-belitkan keadaan.

Salamun'alaik.

سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ana merafakkan kepada Allah atas segala limpahan nikmat kurnia Nya yang melimpah ruah buat hamba yang dhaif lagi hina ini. Maha suci Allah yang telah memberikan ana akal yang cerdas untuk berfikir dan menilai mana yang buruk dan yang baik. Namun, tidak mungkin ana mengetahui sesuatu itu jika ianya tidak datang daripada Allah.
Sebelum ini, ana ada post entry tentang Syeikh Tantawi mengenai pengharaman niqab. Di mana pada entry tersebut, ana ada menyelitkan sekali keratan akhbar yang menunjukkan bahawa perkara yang ana cakap kan itu bukanlah sekadar omong kosong semata.
Astaghfirullah... Sungguh ana termasuk di kalangan orang yang zalim. Mengapa? kerana menuduh tanpa usul periksa. Semalam, ana bertemu dengan seorang ukht di kolej ana. Beliau menanyakan hal itu pada ana. Dan ana pun menanyakan kembali pada diri dia mengapa ulama' mesir itu harus melakukan perkara sedemikian. Ukht itu menjawab, dia sendiri telah ingin mendapat kepastian, lalu menanyakan hal tersebut pada rakannya yang belajar di Mesir. Sebenarnya MEDIA di Mesir yang memutar belitkan kata-kata ulama' tersebut. Dan perkara itu di'copy' 'paste' oleh media-media yang lain. Sehinggakan ia menjadi satu bahan kontroversi.
Cerita asalnya adalah beliau tidak membenarkan wanita memakai niqab hanya di dalam kelas yang mempunyai semua pelajar wanita di dalamnya. Kerana niqab boleh dibuka jika kita berada bersama kaum muslimat itu sendiri. Dan ana rasa semua mafhum tentang hal itu. Namun, disebabkan kekotoran media yang ada unsur-unsur untuk menjatuhkan Islam, maka perkara ini diputar-belitkan oleh media itu sendiri.
Akhir kalam, semoga coretan yang tak seberapa ini, dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Insya Allah.
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment