Salam'alaik. Pertama-tamanya, ana rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia yang diberikan kepada hambaNya, sekali lagi ana dapat menulis di blog ana ini.
Apakah peranan remaja Muslim? Dan apakah ciri-ciri mereka?
Jawapannya semua telah ana dapat dari seorang ukht yang mengendalikan usrah setiap hari isnin dan khamis di masjid. Terima kasih kepada ukht itu kerana sudi mengongsi ilmu bersama kami yang dahagakan ilmu pengetahuan ini. Allahu yubarik fik.
Baiklah, peranan remaja Muslim adalah:
- Berusaha menjadi remaja Muslim yang bertanggungjawab menjalankan syariat dengan sempurna.
- Menyertai aktiviti gerakan Islam.
- Mengembalikan khilafah Islamiyyah.
- Gunakan peluang yang ada untuk menjalankan dakwah.
- Tunjukkan identiti seorang Islam dengan akhlak yang baik.
- Membangunkan nilai-nilai perjuangan di tengah-tengah masyarakat.
- Menjadi seorang yang membawa risalah Islam.
- Menjadikan Nabi dan Rasul sebagai 'role model'.
- Remaja yang Muslim sentiasa bermuamalat mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.
Ciri-ciri remaja Muslim adalah:
- Sentiasa bercakap benar. Seperti sabda Rasulullah s.a.w. "Berkata benarlah walaupun ianya pahit".
- Mereka tidak mempunyai perasaan hasad dengki sesama makhluk Allah.
- Remaja Muslim juga adalah seorang penasihat yang selalu memberi pandangan yang membina.
- Mereka adalah golongan manusia yang sentiasa berfikiran positif.
- Sentiasa menunaikan janjinya pada masyarakat.
- Mempunyai sifat-sifat yang mahmudah. Contohnya, bersikap lemah lembut, pengasih, pemaaf dan sebagainya.
Duhai sahabat sekalian, jadilah seorang remaja yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Janganlah kita mensia-siakan masa muda kita dengan perkara-perkara yang tidak memberi sebarang faedah terhadap diri kita dan orang di sekeliling kita. Timbalah ilmu yang bermanfaat terutamanya yang berkaitan dengan ajaran Islam itu sendiri. Supaya kita dapat mengembalikan keizzahan Islam di bumi ini. Dan juga supaya kita dapat menegakkan yang Haq dan menghancurkan yang batil. Bi iznillah. Insya Allah.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali 'Imran ayat 193 yang berbunyi:" Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan mu," maka kami pun beriman.Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami berserta orang-orang yang banyak berbuat bakti".
Bersama-samalah kita berusaha mendirikan Daulah Khilafah kembali.
ReplyDeleteI love Allah...
ReplyDelete