Wednesday, July 29, 2009

Antara Micheal Jackson dan Marwa al sherbini

Salamun'alaik ana ucapkan pada sahabat semua. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. ana dapat meneruskan penulisan ana di blog ana ini. Cerita di bawah ini adalah diambil dari petikan yang ana dapat melalui Internet. Semoga Allah menempatkan nya bersama para anbiya' dan para sholihin. Insya Allah. Amin...


======================================================================

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia.
Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian
seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena
mempertahankan jilbabnya.





Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak
yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali
oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.
Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita,
negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin,
tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.




Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini
ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak
orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya
seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian
Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim.
Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai
seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski
pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.




Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden,
Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya .
Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang
kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab.
Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang
Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu.


Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa,
kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali.
Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya,
malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan
yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini
dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.


Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan
mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena
yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh
oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya
mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu
orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam.


Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan
pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu.
Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini
yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam
atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya.
Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini, karena engkau akan
mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .
Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu.
Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …
========================================================================

Friday, July 24, 2009

~Peranan Remaja Muslim~

Salam'alaik. Pertama-tamanya, ana rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia yang diberikan kepada hambaNya, sekali lagi ana dapat menulis di blog ana ini.

Apakah peranan remaja Muslim? Dan apakah ciri-ciri mereka?
Jawapannya semua telah ana dapat dari seorang ukht yang mengendalikan usrah setiap hari isnin dan khamis di masjid. Terima kasih kepada ukht itu kerana sudi mengongsi ilmu bersama kami yang dahagakan ilmu pengetahuan ini. Allahu yubarik fik.

Baiklah, peranan remaja Muslim adalah:
- Berusaha menjadi remaja Muslim yang bertanggungjawab menjalankan syariat dengan sempurna.
- Menyertai aktiviti gerakan Islam.
- Mengembalikan khilafah Islamiyyah.
- Gunakan peluang yang ada untuk menjalankan dakwah.
- Tunjukkan identiti seorang Islam dengan akhlak yang baik.
- Membangunkan nilai-nilai perjuangan di tengah-tengah masyarakat.
- Menjadi seorang yang membawa risalah Islam.
- Menjadikan Nabi dan Rasul sebagai 'role model'.
- Remaja yang Muslim sentiasa bermuamalat mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.

Ciri-ciri remaja Muslim adalah:
- Sentiasa bercakap benar. Seperti sabda Rasulullah s.a.w. "Berkata benarlah walaupun ianya pahit".
- Mereka tidak mempunyai perasaan hasad dengki sesama makhluk Allah.
- Remaja Muslim juga adalah seorang penasihat yang selalu memberi pandangan yang membina.
- Mereka adalah golongan manusia yang sentiasa berfikiran positif.
- Sentiasa menunaikan janjinya pada masyarakat.
- Mempunyai sifat-sifat yang mahmudah. Contohnya, bersikap lemah lembut, pengasih, pemaaf dan sebagainya.

Duhai sahabat sekalian, jadilah seorang remaja yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Janganlah kita mensia-siakan masa muda kita dengan perkara-perkara yang tidak memberi sebarang faedah terhadap diri kita dan orang di sekeliling kita. Timbalah ilmu yang bermanfaat terutamanya yang berkaitan dengan ajaran Islam itu sendiri. Supaya kita dapat mengembalikan keizzahan Islam di bumi ini. Dan juga supaya kita dapat menegakkan yang Haq dan menghancurkan yang batil. Bi iznillah. Insya Allah.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali 'Imran ayat 193 yang berbunyi:" Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan mu," maka kami pun beriman.Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami berserta orang-orang yang banyak berbuat bakti".

Thursday, July 9, 2009

Kisah Abu Zharr Al-Ghifari

Di lembah Waddan yang menghubungkan Makkah dengan dunia luar, tinggallah suku Bani Ghifar. Bami Ghifar hidup dengan berdagang secara kecil-kecilan dengan kafilah bangsa Quraisy yang lewat di perkampungan mereka untuk berniaga di Syria. Jundub bin Jundullah, gelarannya Abu Zharr berasal dari suku ini.
Beliau terkenal kerana sifat berani, tenang, berfikiran jauh dan juga kebenciannya terhadap berhala-berhala yang disembah oleh suku kaumnya.

Sewaktu beliau di padang pasir Waddan, sampailah berita kepadanya tentang kemunculan seorang Nabi di Makkah. Beliau amat berharap agar kemunculan Nabi itu dapat menolong mengubah hati dan pemikiran suku kaumnya dan memimpin mereka keluar dari kegelapan kepercayaan tahyul. Tnapa membuang masa, beliau telah meminta pertolongan dari saudaranya yang bernama Anis, untuk pergi ke Makkah dan mendapatkan berita tentang Nabi tersebut.

Anis pun pergi ke Makkah dan bertemu Nabi SAW. Beliau mendengar apa sahaja yang disampaikan baginda lalu kembali ke padang pasir Waddan. Abu Zharr menemui Anis dan bertanyakan tentang Nabi dengan perasaan tidak sabar. Anis berkata " Aku telah melihat seorang lelaki yang menyeru manusia supaya mengerjakan perbuatan baik. Sesungghnya perkataanya itu bukanlah syair. Orang ramai mengatakan bahawa dia adalah seorang ahli sihir, ahli nujum dan penyair".

Abu Zharr tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh saudaranya itu. Lalu dia meminta Anis untuk menjaga keluarganya sementara beliau sendiri yang pergi ke Makkah untuk bertemu dengan Nabi SAW. Dan saudaranya itu telah berpesan suapay berwaspada terhadap penduduk Makkah.

Apabila beliau sampai di Makkah, Abu Zharr segera merasa sangat bimbang akan keselamatan dirinya lalu bercadang agar lebih berwaspada. Beliau mendapati kaum Quraisy begitu marah dengan penghinaan terhadap tuhan-tuhan mereka. Abu Zharr juga mendengar mngenai keganasan yang dilakukan oleh kaum Quraisy terhadap pengikut Nabi Muhammad SAW. Dengan itu beliau belum berani untuk menyoal penduduk di situ mengenai Nabi SAW.

Pada waktu malam, beliau berbaring di Masjidil Haram. Lalu Ali bin Abi Talib lalu di tempatnya dan menyedari bahawa beliau adalah orang asing. Maka Ali mengajaknya datang ke rumah. Abu Zharr menghabiskan malam itu bersama Ali tanpa bertanya sebarang soalan dan tidak juga ditanya apa-apa soalan. Pada keesokan paginya, Abu Zharr kembali ke masjid. Pada malam itu, sekali lagi Sayyidina Ali menjemput beliau datang ke rumahnya. Sehinggalah pada malam yang ketiga, Sayyidina Ali bertanya kepada Abu Zharr tentang tujuan beliau datang ke sini.
Abu Zharr menyuruh Sayyidina Ali berjanji sekiranya Sayyidina Ali dapat memberikan petunjuk-petunjuk yang beliau perlukan maka beliau tidak keberatan untuk menjelaskannya. Sayyidina Ali pun bersetuju.

Abu Zharr pun menerangkan tujuan beliau datang ke Makkah adalah untuk bertemu Nabi Muhammad SAW dan mendengar beberapa ucapannya. Lalu, apabila Sayyidina Ali mendengar sedemikian beliau pun berkata bahawa Nabi Muhammad itu adlah Rasul Allah. Dan beliau menceritakan kepada Abu Zharr mengenai Nabi dan ajaran yang dibawanya.

Sayyidina Ali pun berkata:"Untuk menemuinya, maka pada waktu pagi esok, ikutlah ke mana sahaja aku pergi. Dalam pada itu, aku mengingatkan saudara bahwa apabila di tengah jalan aku melihat sesuatu hal yang akan membahayakan saudara, aku akan berhenti dan pura-pura meludah sebagai tanda isyarat. Jika aku meneruskan perjalanan ikutlah aku sehingga engkau sampai ke tempat yang aku sampai".

Abu Zharr tidak dapat tidur sepanjang malam itu kerana keinginannya untuk bertemu Rasulullah. Pada waktu pagi, beliau mengikut perjalanan Ali sehinggalah mereka sampai di depan Rasulullah SAW. Lalu, Abu Zharr menyapa Baginda dengan mengucapkan salam. Lalu Baginda pun menjawabnya. Dengan ini, Abu Zharr lah orang yang pertama memberi salam. Rasulullah menyambut kedatangan Abu Zharr dengan mengajaknya memasuk Islam dan membacakan kepadanya beberapa ayat Al-Quran. Tidak lama kemudian Abu Zharr mengucapkan dua kalimah syahadah dan beliau merupakan diantara orang yang mula-mula memeluk agama Islam.

Selepas itu beliau tinggal bersama Baginda di Makkah dan Baginda telah mengajarkan kepadanya ajaran-ajaran Islam serta mengajarnya membaca Al-Quran. Baginda pun berkata kepadanya:" Janganlah engkau memberitahu sesiapa pun di Makkah tentang keislamanmu. Aku khuatir mereka akan membunuhmu".
Lalu Abu Zharr pun menjawab:" Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, aku tidak akan meninggalkan Makkah sehingga aku pergi ke Masjidil Haram dan mengumumkan keislamanku".

Nabi SAW diam dan mendengar sahaja kata-katanya itu. Beliau pun terus pergi ke Masjidil Haram dan masuk ke tengah-tengah kaum musyrikin yang sedang berbual-bual lalu beliau pun berteriak:"Hai orang-orang Quraisy! Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah".
Lalu dengan pantas orang-orang Quraisy tadi menerpa ke arah Abu Zharr dan membelasahnya tanpa sedikit belas kasihan pun sehinggalah datangnya Abbas bin Abdul Mutallib, dan beliau berkata:"Celakalah kalian! Apakah kalian ingin membunuh orang dari suku Bani Ghifar padahal kafilah kalian terpaksa melintasi perkampungan mereka?".
Kemudian, barulah mereka melepaskan aku. Apabila beliau kembali kepada Rasulullah, dan apabila Baginda melihat keadannya, Baginda pun berkata:" Bukankah aku telah memberitahumu supaya jangan mengisytiharkan keislamanmu?". Beliau berkata:" Aku melakukannya kerana keinginan jiwaku". Lalu Baginda pun menyuruhnya untuk pulang kepada kaumnya.

Di kampung halamannya, beliau telah mengislamkan saudaranya Anis, ibunya dan juga ramai diantara kaumnya. Beliau tinggal di kampungnya sehinggalah Rasulullah berhijrah ke Madinah dan selepas berlakunya perang Badar, Uhud dan Khandaq. Setelah itu, beliau meminta izin daripada Baginda untuk menetap di Madinah dan berkhidmat sepenuhnya untuk Baginda.

Selepas kewafatan Nabi, Abu Zharr berasa teramat sedih dan tidak tahan untuk menetap di Madinah. Lalu beliau berpindah ke Syria. Pada zaman pemerintahan Uthman, beliau tinggal di Damsyik. Dan beliau mendapati kaum Muslimin asyik memburu kesenangan dunia. Beliau merasa sedih dan kecewa dengan hal itu. Lalu Sayyidina Uthman memintanya supaya datang ke Madinah. Di Madinah juga beliau mengkritik orang ramai yang telah tenggelam dengan kemewahan dunia. Orang ramai tidak merasa senang dengan sikapnya itu. Dengan itu Sayyidina Uthman memintanya untuk meninggalkan Madinah. Beliau meminta izin untuk pulang ke Rubdhah, sebuah perkampungan kecil di pinggir Madinah.

Di sana beliau hidup jauh dari manusia. Beliau memegang kepada Sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dalam mendapatkan akhirat yang baik daripada dunia yang bersifat sementara ini. Abu Zharr hidup dalam keadaan yang sederhana dan serba kekurangan hingga akhir hayatnya.

Pada waktu ajalnya hampir tiba, beliau telah berpesan kepada isteri dan pembantunya supaya meletakkan jenazahnya di tengah jalan. Dan apabila ada sebuah rombongan yang lalu di situ, beliau menyuruh mereka mengatakan kepada rombongan tersebut bahawa itu adalah jenazah Abu Zharr salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Dan Abu Zharr memerintahkan kepada isteri dan pembantunya untuk meminta bantuan dari mereka untuk mengebumikan jenazahnya.

Setelah beliau meninggal dunia, isteri dan pembantunya telah melakukan wasiat tersebut. Tidak lama kemudian lewatlah rombongan dari Iraq yang diketuai oleh Abdullah bin Mas'ud. Mereka terperanjat dengan jenazah yang ada di pertengahan jalan itu yang hampir-hampir dipijak oleh unta mereka. Lalu pembantu Abu Zharr segera menyatakan bahawa itu adalah jenazah Abu Zharr. Mendengar keterangan itu, Abdullah bin Mas'ud menangis lalu berkata:" Sungguh benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah. Bahawa Abu Zharr berjalan seorang diri, meninggal seorang diri, dan akan dibangkitkan pada hari kiamat seorang diri". Pada tahun 32H, Abu Zharr yang zuhud itu meninggal dunia. Rasulullah pernah berkata mengenainya:" Bumi tidak membawa dan langit tidak meliputi seorang pun yang lebih benar dan taqwa selain dari Abu Zharr".

Wallahu'alam.
-Mujahidatul Muslimah-

Monday, July 6, 2009

Oh Tanah Air ku...

Salamun'alaik..

Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu.. Insya Allah...^_^. Maklum la.. dengan kes flu H1N1, ana harap semua dapat jaga diri, jaga kebersihan dan tingkatkan kebersihan di persekitaran antum k.

Mesti antum pelik kan sebab ana mcm hepi semacam gitu.. hehe..

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, dengan Rahmat dan kasih sayang Nya, ana dapat juga menjejak kan kaki ana ke negara t'cinta ana... huhu..

hmm.. setelah dua bulan ana di bumi KUIS, bertungkus lumus mencari ilmu, siapkan assignment, prepare proposal untuk program, belajar utk xm mid term dan sebagainya, akhirnya tiba juga mid-semester break ni... best sgt... =)).
Walaupun p'jlnn pulang mengambil masa 5-6 jam, (t'msk naik KTM, tukar2 stesen, b'henti kat p'hentian), ia tetap membuat ana gembira sebab ayah ana lah org pertama yg jemput ana. hmm.. kesian juga kat dia. sebab dia sanggup amik cuti setengah hari untuk menyambut kepulangan anak perempuan kesayangan dia ni. hehe.. ^_^. Thank you ayah.. sayang ayah.. Allahu yubarik fik..=)

Dan inilah kali pertama ana menjejak kan kaki di negera ana dengan image yang baru. Alhamdulillah. Mula-mula rasa takut, nervous pun ada. Tapi, Allah permudahkan segalanya. Hamdan lillah. =). Masa jumpa ayah, dari jauh ayah dan ukirkan sebuah senyuman. tak tergambar rasanya kegembiraan tu. ape ke tak, masa kat KUIS asik t'fikir ttg ayah dan ibu je.. n masa tu pulak kami dapat berita bahawa kami tak dapat pulang ke negara kami disebabkan flu H1N1 tu. memang kecewa sgt. Tapi mungkin di atas berkat doa kami serta kedua ibu bapa kami, akhirnya dekan mengizinkan kami pulang dan tak dikenakan kuarantin apabila pulang ke kolej nanti. Yeh!!. dapat cuti lama..! sebab nya, kalau kita kena kuarantin, kita da plan akan pulang ke KUIS awal. hmm.. sekali lagi.. hamdan lillah..

Tapi yang sedihnya, ada sahabat ana x dpt pulang. sebab visa pada passport dia x siap lagi.. haiz.. jgn sedih duhai sahabatku.. mungkin ada hikmahnya. dan insya Allah, Allah akan menggantikannya dengan perkara yang lebih baik k. Yaqin dengan janji Allah. =).

hmm.. itu sahaja perkongsian ana. insya Allah, ana akan memanfaatkan masa yang ada di sini dengan meng'update' blog ana. Kepada shbt2 ana, ana harap antunna jaga diri ye. ana doakan mudah-mudahan kita dijauhi dari dijangkiti virus H1N1 tu. Insya Allah. amin...

W'salam.

-Muslimah yang sedang bermujahadah-