Monday, August 17, 2009

~Terjalinnya Ukhuwah~

Salamun’alaik. Salam seindah tautan ukhuwah yang bersemi di taman ilmu yang penuh barakah ini. Pada post ana kali ini, ana nak berkongsi cerita tentang akhawat yang ana baru berkenalan pada hari yang lalu.

Pada hari sabtu yang baru berlalu ni, terdapat program ESQ anjuran I luv Islam di KUIS. Mereka melakukan program tersebut di banquet hall berdekatan dengan asrama ana. Ana tak mengikuti program tersebut. Dan hampir semua pesertanya adalah pelajar dari Universiti luar. Jadi, ceritanya macam ni. Kami mengambil mereka sebagai adik-beradik angkat. Kami mengambil 6 siswi dari peserta tersebut. Ini adalah kerana asrama yang kami tinggal seperti apartment. Dan apartment kami agak besar dan boleh memuatkan lagi beberapa orang, walaupun kekurangan katil. Tapi, apa pun, semuanya berjalan dengan lancar.

Kami diminta untuk menjemput mereka jam 7 malam di bawah blok asrama. Setelah 15 minit menunggu, akhirnya, kami dapat berkenalan dengan mereka. Seramai 6 siswi telah mengikut ana dan rakan ana ke apartment kami. Setibanya di bilik, mulalah kami berta’aruf. Kak Lina, kak Kautsar, kak Dila, kak Hidayah, kak Hidayati dan kak Najwa. Masing-masing perkenalkan diri. Seronok dapat meluangkan bersama mereka. Walaupun baru sahaja berkenalan, rasa nya dah macam seminggu. Ada diantara mereka yang belajar di Mesir di university Alexandria (tak silap) mengambil course medic. Dan apa pula yang dari BMI di Gombak. Dalam bidang networking dan sebagainya. Apa yang buat ana kagum dengan mereka, mereka selalu solat berjemaah. Tak lepas dari membaca Quran selepas solat. Dan juga melakukan solat sunat qabliah dan ba’diah. Sedangkan ada di antara mereka sendiri yang baru kenal pada hari itu. Subhanallah… ana pun tak sehebat mereka.

Pada malam itu, setelah selesai solat, kami saling berkongsi cerita. begitu juga pada keesokan paginya selepas solat subuh. Sempat lagi kami bercerita. Sedangkan program mereka akan bermula jam 8. Yang paling menarik perhatian ana adalah cerita dari kak Najwa. Kerana dia bersekolah di BMI, sebuah IPT yang secular, mereka tidak mempunyai usrah seperti kami. Kini, dia serta 4 lagi kawan nya yang lain, yang mengikuti usrah luar, ingin menggerakkan usrah di IPT mereka. Dan mereka semua bertindak sebagai naqibah. Namun, mereka tidak tahu cara-cara untuk menarik minat rakan-rakan mereka. Kerana di sekolahnya ada yang tidak memakai tudung dan sebagainya. Dan setiap hujung minggu, dikatakan pasti mereka ‘lesap’ entah ke mana. Dan perkataan seperti ‘usrah’, ‘ukhti’ dan sebagainya adalah terlalu ganjil bagi diri mereka.

Kak Najwa meminta pandangan dan cadangan dari kami semua. Mulalah setiap dari kami memberi cadangan. Dan ana pula memberinya fliers atau tazkirah-tazkirah yang ana dapat melalui usrah yang ana hadir tempoh hari. Kegembiraannya jelas tergambar dari riak wajahnya. Ana yakin, ada pancaran dakwah di situ. Ana kagum dengan semangat dan kesedaran yang Allah berikan pada dirinya untuk berdakwah di tempat IPT nya yang secular. Ana doakan semoga Allah membantu kak Najwa pada setiap langkahnya menegakkan agama Islam di kolejnya itu. Semoga terus thabat dalam perjuangan ya Ukhti!!

Dan yang paling menyentuh hati ana, bila program telah selesai dan mereka hendak pulang ke rumah masing-masing. Sebelum itu, sekali lagi mereka telah solat maghrib berjemaah di bilik ana. Sebelum pulang, kami saling berpelukan dan kami tidak putus-putus mengucapkan terima kasih dan memohon maaf antara satu dengan yang lain. Tidak lupa juga saling memberi kata-kata nasihat dan keinginan untuk bertemu lagi di lain masa. Insya Allah. Perasaan sedih mula bertandang dalam diri ana. Lebih-lebih lagi bila kak Lina mengatakan bahawa dia sedih untuk meninggalkan ana. Huhu.. so sweet akk.. ^_^. Dan yang paling mengejutkan ana adalah apabila, setelah beberapa minit berlalu, apabila semua sudah pulang, kak Hidayati tiba-tiba muncul dengan membawa 3 bungkus burger yang dibelinya di café bawah asrama. Huhu.. lagi sweet.. syukran jazlian akk.. ^_^

Ya Allah, indahnya ukhuwah ini. Semoga ukhuwah yang terbina ini dan kasih sayang yang bersemi kerana Mu, berkekalan dan mekar harum mewangi di jalan dakwah Mu. Dan semoga kami dipertemukan lagi di lain waktu supaya dapat bersama-sama lagi berkongsi cerita dan ilmu. Insya Allah.

P/S: Credits goes to kak dah (shidah), sebab dia yang terserempak dengan salah seorang hamba Allah ni dan dia meminta bantuan shidah untuk menempatkan mereka di rumah kita. Jika tidak kerana pertemuan itu, tidak mungkin kita akan berkenalan dengan akhawat itu semua. Tetapi apa pun, semuanya telah dirancang oleh Allah s.w.t. kerana dia adalah sebaik-baik Perancang dan Penentu. Hamdan lillah…


W'salam.

No comments:

Post a Comment