Terima kasih ku ucapkan
Kerana kau sudi hadir dalam hidupku
Walaupun hanya untuk seketika waktu
Aku ingin kau tahu
Bahawa aku bahagia
Terima kasih ku ucapkan
Walau hadirmu hanya sementara
Dengan izin Allah
Kau adalah wasilah bagiku
Untuk menerima Hidayah dari-Nya
Terima kasih ku ucapkan
Kerana setiap kata-katamu
Telah menjadi inspirasi bagiku
Untuk meneruskan perjuangan
Untuk menegakkan Islam kembali
Terima kasih ku ucapkan
Walaupun diri ini tidak punya apa
Kau tetap melayaniku
Dengan penuh mesra
Supaya ku dapat merasa nikmat Halawatul Ukhuwah itu
Terima kasih ku ucapkan
Segala persoalanku
Telah pun terjawab
Aku yakin semua ada hikmahnya
Doakan untuk ku semoga
Aku terus thabat dalam perjuangan
Terima kasih ku ucapkan
Akan ku semat di dalam hati ini
Segala kenangan pahit dan manis
Agar suatu masa nanti
Aku masih mampu tersenyum
Bila mengenangkannya kembali
Terima ksih ku ucapkan
Atas segala nasihat yang diberikan
Segala dorongan dan semangat perjuangan
Akan ku abadikan di dalam diri ini
Sehingga akhir hayat nanti
Terima kasih ku ucapkan
Semoga ukhuwah yang terbina ini
Akan terus kekal abadi
Walaupun kau jauh disisi
Walaupun mungkin kita tak kan bertemu lagi
Aku akur segalanya adalah ketentuan Illahi
Terima kasih atas segalanya…
Duhai akhowat fillah...
No comments:
Post a Comment