Salam'alaik ana ucapkan kepada antum semua. Hamdan lillah, dengan izin Allah serta rahmat dan kasih sayangNya, ana dapat menulis lagi di blog ana ini.
Ana ingin mengucapkan Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan! Subhanallah... pejam celik pejam celik, dah setahun rupanya. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah... dapat juga kita berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini.
Sahabat sekalian, rebutlah peluang dalam bulan yang penuh barakah ini untuk mempertingkatkan lagi amalan kita. Dan perbanyakkanlah lagi amalan-amalan kita. Kalau ada yang berazam untuk berubah pada bulan Ramadhan ini, berubahlah kepada yang lebih baik dan semoga terus istiqamah dengan perubahan itu. Kalau yang hisap rokok tu, berhentilah. Inilah peluang kamu untuk berlatih dari tidak menghisapnya.
Duhai sahabat yang dikasihi, dalam bulan Ramadhan ini, ada dua hari yang sangat istimewa. Iaitu Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar. Lakukanlah amalan dengan seikhlas hati dan perbanyakkanlah ibadah dalam bulan ini. Lebih-lebih lagi 10 hari yang terakhir. Semoga kita mendapat malam Lailatul Qadar tersebut. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:" Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan".Surah al-Qadar:1-3.
Dan pada waktu ini juga, kita akan menduduki peperiksaan akhir semester. Janganlah kita rasa terbeban dengan melakukan ibadah puasa ini sewaktu peperiksaan nanti. Dan jangan pula kita jadikan peperiksaan itu satu alasan bagi kita untuk kita tidak berpuasa. Perbanyakkanlah zikrullah , mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya. Rabbi yassir wa la tu'assir.
Sampai di sini dahulu. Mudaha-mudahan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Dan semoga kita mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Insya Allah. Fastabiqul Khairaat.
"Setiap amalan anak cucu Adam adalah miliknya kecuali puasa, ia adalah milik-Ku dan Akulah yang akan memberi ganjarannya dengannya."-Hadis Qudsi.
Wallhu'alam & wassalam.