Sunday, June 7, 2009

Satu Penghijrahan

Salamun'alaik...
Alhamdulillahi Rabbil 'alamin.. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi.Kerana dengan limpah kurnia nya, sekali lagi ana dapat bernafas dan menulis blog ana ini.

Dalam blog ana kali ini, ana akan berkongsi sesuatu dengan antum semua.hmm.. kalau antum lihat tajuk yang ana tulis tu, antum mesti fikir yang ana dah berhijrah ke negeri lain kan? ^_^. sebenarnya bukan ana berhijrah ke negeri lain. tetapi......

Alhamdulillah... ana da mula memakai kain kecil yang menutupi wajah ana ni... hmm.. antum mesti fahamkan? ^_^.
Alhamdulillah... Allah membuka pintu hati ana untuk menyambut Hidayah ni..dan juga atas dorongan dan sokongan yang diberikan oleh akhawat seperjuangan ana dan tidak lupa juga pada parents ana yang begitu memahami diri ana..
hmm.. kalau antum tanya mengapa ana pakai, ana ada banyak reason. tapi tak perlulah terangkan di sini ye.. kalau nak tahu, jumpa ana sendiri. =)
Alhamdulillah, setelah belasan tahun lamanya ana menayangkan wajah ana ni pada lelaki-lelaki ajnabi, dan khalayak ramai, akhirnya Allah memberi kekuatan pada diri ana untuk menutupnya. Lagipun, ianya sudah menjadi idaman atau cita-cita ana sejak kecil lagi untuk memakainya.

Sebenarnya, ana agak takut untuk memakainya. Kerana ana takut seandainya ana tak dapat nak menjaga tingkah laku ana dengan baik, ia akan memburukkan akhawat ana yang lain yang memakai kain kecil ni. tapi, ana masih ingat lagi seorang ukhti ni, dia memberitahu ana supaya 'islah nafsak wadu' ghairak'. Maksudnya, 'Perbetulkan diri dan pada masa yang sama kita berdakwah pada orang'. Sebab, kalau kita selalu rasa yang diri kita ni tak sempurna dan kerana itu kita tak dapat nak menegur atau berdakwah pada yang lain, sampai bila pun kita tidak akan berdakwah. Dan memang manusia ni tidak sempurna. Tapi ia tidak bermakna kita tak boleh perbetulkan diri kita. Itulah salah satu kata-kata yang memberi dorongan pada diri ana.

hmm.. masa ana pakai, ramai yang mendoakan ana agar ana terus istiqamah, dan memberi kata-kata nasihat dan semangat. Ada pula yang bila ana cakap 'Doakan ana ye', dia cakap, 'Doalah sendiri!'. hmm.. takpe la.. dia tak faham kot.. Ana ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan diri ana ni. maklum la.. ana hamba Allah yang lemah.. Hati manusia ni mudah berubah-ubah. Dan ana juga berharap semoga Allah kekalkan hati ana dalam ketaatan dan agamaNya. Allahumma ya muqallibal qulub, tsabbit qulubi 'ala dinika wa 'ala tho'atika. Insya Allah.. amin.

hm.. ana rasa sampai di sini dulu. Akhir kalam, doakan ana semoga ana tabah mengahadapi segala mehnah ujian yang menanti ana di hadapan sana. dan semoga ana terus istiqamah dengan kain kecil yang menutupi wajah ana ni.

W'salam.
-Muslimah yang sedang bermujahadah-

p/s: To ayah and ibu, thanks a lot sebab memberi izin pada aini untuk memakainya. Aini harap Ibu and Ayah akan redha dengan keputusan aini ni. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment