Thursday, August 19, 2010

Madrasah Ramadhan~

Salam’alaik.

Alhamdulillah… Setinggi-tinggi kesyukuran ana rafakkan ke hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya dan para sahabatnya. Serta para tabiin dan tabi’ tabi’in dan seluruh pejuang penyambung mata rantai yang ingin menegakkan kembali kalimah Tauhid di muka bumi ini.

Rasanya tidak terlewat bagi diri ini untuk mengucapkan Ramadhan kareem. Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Hamdan lillah, fasa pertama Ramadhan iaitu fasa ‘rahmat’ hampir tiba ke penghujungnya. Tidak lama lagi akan masuk ke fasa yang baru. Iaitu fasa ‘Maghfirah’ iaitu memohon pengampunan dari Khaliq. Moga fasa pertama yang kian berlalu diambil kesempatan dengan sebaiknya. Dan terakhir adalah fasa ‘memohon jauh dari api neraka’. Dan fasa yang terakhir ini jugalah yang harus direbut peluang untuk melakukan Qiyam al-lail. Kerana ada hadis yang mafhumnya, lailah al-qadr akan terjadi pada 10 malam terkahir Ramadhan. Dan ada juga hadis yang mafhumnya mengatakan bahawa ia hadir pada malam-malam yang ganjil pada 10 hari terakhir Ramadhan.

Sahabat-sahabat yang sentiasa di bawah naungan rahmat Allah, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dari bulan-bulan yang lain. Janganlah sedih atau gusar bila tiba bulan Ramadhan. Kerana acap kali ana terdengar segelintir sahabat yang mengeluh apabila tibanya bulan Ramadhan. Ada juga yang kata, ‘sehari sebelum Ramadhan kena makan banyak-banyak. Kerana pada keesokannya dah tak boleh makan’. Masya Allah… Pada pendapat ana, kata-kata ini tidak perlu ada dalam diri seorang Muslim dan Mukmin. Kerana bukannya kita tidak akan makan sehingga hari yang ke-30. Setiap hari kita akan bersahur dan berbuka. Makan juga tu namanya. Tapi pada waktu yang ditetapkan. Tidak perlulah ana mengulas mengapa perlunya kita berpuasa dan sebagainya. Kerana ana rasa antum dah tahu akan kelebihannya.

Namun di sini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama merebut peluang yang ada untuk bermujahadah dan islah diri kita kepada yang lebih baik. Jika selama ni, kita asyik menyalahkan syaitan laknatullahi ‘alaih atas segala sesuatu, tapi kali ini jika kita melakukan maksiat, nak salahkan siapa pula? Jangan lupa, walaupun syaitan telah diikat, dirantai dan ditambat, tapi nafsu tetap kekal dalam diri kita. Dan itulah yang memerlukan kita untuk bermujahadah dalam mendidik nafsu ini. kalau sebelum ini apabila kita lapar sahaja, kita akan mencapai makanan yang ada. Tapi kali ini, kita harus sabar untuk menunggu waktu berbuka. Dan pelbagai cara lagi untuk mendidik nafsu.

Inilah yang dinamakan Madrasah Ramadhan. (institusi Ramadhan ) Dalam bulan inilah kita akan belajar pelbagai perkara. Belajar untuk bersabar, belajar untuk mendidik nafsu, belajar cara untuk meningakatkan ketaqwaan dengan memperbanyakkan qiyam al-lail, baca al-Quran dan sebagainya. Belajar untuk menyelami perasaan mereka yang faqir, saudara kita yang hidup di bumi yang dilanda peperangan. Bagaimana perasaan mereka apabila hari-hari yang mereka lalui tanpa makanan dan minuman.

Sahabat-sahabat sekalian, bermujahadahlah di bulan ini. sebulan ini sahajalah kita boleh melipat gandakan pahala kita. perbanyakkanlah amalan dan jangan lepaskan peluang yang ada untuk melakukan kebaikan.

Akhir kalam, moga ramadhan yang dilalui pada kali ini, mendapat rahmat dan berkat dari Allah. Dan semoga dengan bermujahadah dalam mendidik nafsu dan sabar dalam pelbagai dugaan yang datang, akan menjadikan kita seorang yang beriman dan bertaqwa pada penghujungnya nanti.

Wallahu’alam.

Wassalam.

p/s: Pada sahabat-sahabatku yang sedang menghadapi peperiksaan, ana ucapkan bi taufiq wa najah. Semoga antum semua berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment