Monday, April 5, 2010

Islam is the way of life~

Salam'alaik.

Hamdan wa syukran lillah, kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Nya, ana masih lagi bernafas dalam keadaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., serta ahli keluarganya, para sahabat, para tabi'in dan seterusnya para penyambung mata rantai dakwah. Insya Allah.

-Islam is the way of life- Simple sentence, but it's not easy to practice it. Kita semua boleh kata yg kita ni orang Islam. Tapi apa buktinya yang menunjukkan kita ni betul-betul seorang Islam? Sedangkan apabila ada masalah, bukan Quran dan Hadis yang dirujuk. Bukan para Ulama' yang dijadikan sebagai penasihat, tapi benda lain yang dijadikan sandaran hidupnya.

Lihat sahajalah pada gejala sosial yang berlaku sekarang ini. Apa sebenarnya punca mereka? Mudah sahaja. Puncanya, mereka mengabaikan Al-Quran & As-Sunnah. Mereka mengetepikan Islam. Pada mereka, Islam itu kolot, konservatif, jumud dan macam-macam lagi. Mereka lebih mementingkan hawa nafsu dari Iman mereka. Pemerintah juga memainkan peranan yang besar dalam hal ini. Mungkin gejala sosial ini semakin berleluasa kerana pemerintah tidak mengenakan hukuman yang berat. Malah tidak menghiraukan tentang moral rakyatnya yang kian terhakis dek tidak menjalankan hukum Islam yang sepatutnya dijalankan di dalam sebuah negara Islam. Bagi negara yang sekular, sudah pasti nilai-nilai Islam itu, tidak diberi perhatian. Kerana mereka tidak memahami hakikat hukum hudud yang telah Islam tetapkan itu.

Begitu juga dengan isu keluarga yang bermasalah, penceraian, sumbang mahram dan macam-macam lagi. Pada awal-awal lagi Islam telah suruh kita memilih pasangan yang baik, supaya dapat melahirkan zuriat yang baik. Dan seterusnya menjadi sebuah keluarga yang sakinah dan menjadi rakyat yang berbakti kepada negara. Bagaimana kita ingin mendapat pasangan yang baik? Sudah tentu kita sendiri yang harus terlebih dahulu menjadi seorang yang soleh atau solehah. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Seandainya lelaki itu kurang soleh dan baik, maka wanita nya juga sama seperti pasangannya. Adil bukan?

Kalau kita lihat, Islam itu sentiasa bersangkut-paut dengan kehidupan kita. Hukum yang Allah tetapkan bukanlah untuk menyusahkn hambaNya, tapi untuk dijadikan sebagai panduan dan pasti ada hikmah disebaliknya. Namun, hakikatnya, sesetengah umat Islam tidak nampak hikmah disebalik hukum yang Allah telah tetapkan itu. Mereka hanya menilali dari zahir sahaja. Mereka hanya ingin kesenangan duniawi tanpa menghiraukan ganjaran yang Allah sediakan di akhirat kelak. Bak kata pepatah melayu, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hanya Muslim yang benar-benar Muslim sahaja yang akan bersusah-susah di dunia ini untuk mendapat kesenangan di akhirat. Ada sebuah hadis juga menyebut, Dunia ini adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang Kafir. Dah nama penjara, apa je yang kita boleh buat? Pasti banyak mehnah dan tribulasi yang perlu kita tempuhi.

Akhir kalam, jadikanlah Islam itu sebagai 'pakaian' dalam hidup kita. Bukan sekadar kata-kata yang tidak membawa apa-apa makna. Hanya Islam di bibir dan bukan di hati. Dengan Islam, pasti hidup kita lebih terarah, negara lebih aman dan makmur dengan adanya keredhaan Allah. Sekadar mengongsi fikrah yang bermain di fikiran ni. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari diri sendiri. Walaupun hakikatnya, kedua-duanya dari Allah. Last but not least, if you said that Islam is the way of life, then make it as it is.

Wallahualam.

W'salam.

No comments:

Post a Comment