Sunday, July 25, 2010

Dunia Baru Islam~

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Munsyid : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi

Friday, July 23, 2010

Alhamdulillah... Aku kembali menulis...

Salamun minni lakum... Hamdan lillah wa hamdan lillah...

.الحمد لله على كل شيء
سبحانك لا نحصي ثناء عليك كما أثنيت على نفسك ولا حول ولا قوة إلا بالله علي العظيم

Setinggi-tinggi kesyukuran ana rafakkan ke hadrat Illahi... Tidak terhingga nikmat yang Dia berikan terhadap diri ini dan seluruh hambaNya.. Alhamdulillah, setelah sekian lama ana tidak update blog ini, kali ini ana diberi peluang oleh yang Maha Mengetahui, untuk menulis sedikit coretan untuk kesekian kalinya.

Untuk post kali ini, ana ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat semua tentang wasiat Sheikh Mutawali As-Sya'rawi rahimahullah ta'ala. Seorang Ulama' di Mesir yang sangat dikagumi dan dihormati oleh seluruh lapisan rakyat. Sama ada mereka yang menyokongnya atau yang membangkangnya. Wasiat ini telah diungkapkan sewaktu satu muktamar (kalau tak silap ana), dimana Presiden Mesir pada ketika itu turut hadir di tempat itu. Untuk pengetahuan, Sheikh Mutawali telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama para anbiya' dan sholihin. Insya Allah. Amin.

Wasiat ini ana telah ambil dari blog Ustaz Khafidz Soroni. Mungkin ada sesetengah dari antum sudah atau pernah membacanya. Tapi, di sini ana ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat semua sebagai satu muhasabah atau tazkirah bagi diri kita yang sering lalai dan alpa.

Wasiat Kepada Pemimpin

"Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi)..

wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)


Maka kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :..Innahum yakiduna kaida wa akidu kaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).


Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam; “..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.


Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!* (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”


Masya Allah...Wasiat yang diberikan cukup mendalam maknanya. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memegang jawatan dalam persatuan atau mana-mana organisasi. Selalunya, apabila seseorang itu memegang jawatan, mulalah merasa bangga diri, dan merasakan bahawa dia paling layak untuk jawatan itu dan sebagainya. Kita lupa bahawa jawatan yang kita pegang itu adalah amanah yang besar yang Allah taklifkan pada diri kita.


Sedarlah duhai sahabat, jawatan yang kita ada bukanlah untuk dibangga-banggakan. Bukanlah untuk bersaing dengan sahabat-sahabat yang lain dalam membuat program yang mana paling GAH dan EKSKLUSIF. Tapi sedarlah, jawatan itu adalah AMANAH dari Allah. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.


Wallahu'alam.


w'salam.