Friday, October 2, 2009

Ibu bapa pun boleh menjadi derhaka kepada anak-anak jika....

Salamun’alaik. Alhamdulillah… setinggi-tinggi kesyukuran ana rafakkan kepada Allah pentadbir alam ini, kerana masih memberi ana peluang untuk bernafas dan memuji kepadaNya atas segala nikmat yang dikurniakan.

Ingin sekali ana berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat sewaktu menonton rancangan forum perdana hal ehwal islam, yang membincangkan tentang akhlak anak-anak dan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Tajuk pada malam itu diberi nama ‘Gelora’. Mungkin kerana pada malam itu mereka akan membincangkan tentang gelora jiwa remaja dan gelora kehidupan ini yang membuatkan mereka meletakkan tajuk itu. Wallhu’alam. Alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya juga ana ‘on’ TV pada malam itu, kerana ana tidak suka menonton TV jika tidak ada rancangan yang menarik.

Ana tertarik dengan penerangan seorang ustaz yang bernama Ust. Zahazan, seorang penceramah bebas, mengenai kederhakaan anak kepada ibu bapa. Ustaz ini memberi penerangan melalui kisah-kisah sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w. Dan semua yang diceritakan sangat relevan dengan soalan yang ditujukan dan tajuk yang ingin dibincangkan.

Tentang penerangan tersebut, Ustaz ini menceritakan tentang sebuah kisah, di mana pada zaman pemerintahan Khalifah Sayyidina Umar r.a., ada seorang lelaki telah datang kepada beliau dan mengadu tentang perihal anaknya yang menderhaka kepadanya. Sayyidina Umar adalah seorang khalifah yang adil dan tidak akan memutuskan sesuatu perkara tanpa usul periksa. Lalu Sayyidina Umar r.a. memanggil anaknya untuk bertanya tentang kebenaran kata-kata ayahnya. Anak itu pun bertanya, “ Bolehkah seseorang ayah menderhaka kepada anaknya?” Sayyidina Umar menjawab: “ Ye boleh.”. Anak itu pun berkata: “ Kalau begitu, jelaskanlah kepadaku wahai Amirul Mukminin.”
Sayyidina Umar pun berkata: “Seorang ayah akan menjadi derhaka pada anaknya kerana tiga perkara. Pertama, jika dia memilih isteri yang tidak solehah untuk meletakkan beinhnya ke dalam rahim wanita tersebut. Kedua, jika dia menamakan anaknya dengan nama yang tidak elok. Ketiga, jika dia tidak mengajarkan pada anaknya membaca Al-Quran.” Lalu anak itu pun berkata: “ Jika yang demikian, ayah ku telah menepati ketiga-tiga criteria tersebut. Ayahku telah memilih seorang wanita yang jahat (dengan erti kata lain, ibunya bukanlah wanita yang baik), dia telah memberi nama ku yang bermaksud kelawar, dan dia tidak pernah mengajarkan kepada ku untuk membaca Al-Quran.”

Sahabat sekalian, hal ini jelas menunjukkan bahawa peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak. Seorang lagi ahli panel yang bernama Ustzh Zawiyah, yang menjelaskan bahawa anak-anak mempunyai akhlak yang tidak elok adalah kerana salah satu puncanya ialah ibu bapa. Mungkin ibu bapa masih mempunyai hati yang kotor. Mungkin mereka masih mempunyai dosa-dosa yang belum ditebus. Lihatlah pada amalan-amalan mereka. Solat, zakat dan puasa mereka. Adakah semuanya sempurna. Ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik (Qudwah hasanah), supaya anak-anak dapat mencontohi akhlak mereka.

Tetapi, yang ana sedihkan, ibu bapa sekarang seakan-akan menjadi hamba kepada anak-anak mereka. Ibu bapa menjadi takut akan ancaman-ancaman anak mereka. Anak-anak tidak boleh ditegur. Bila ditegur, mulalah dia meradang dan memberontak. Nak lari rumah lah, bunuh dirilah, lakukan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. Ini semua dilakukan semata-mata untuk mendapat perhatian dan untuk memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka berkuasa melakukan apa sahaja. Masya Allah… Sedarlah wahai diri-diri yang digelar anak. Kita tidak akan ada di dunia ini tanpa ibu bapa kita.

Ya, mungkin ibu bapa kita pernah melakukan kesilapan. Tapi janganlah kita menyalahkan atau membencinya kerana kesilapannya. Dia juga manusia biasa yang berhak menerima keampunan. Kita sebagai anak menjadi tanggungjawab untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Kerana seorang ayah dan ibu akan cuba sedaya upaya untuk menjadi Murabbi yang terbaik bagi diri anak-anaknya.

Duhai sahabat, walau apa pun status kita di dunia, kita tetap hamba Allah. Dan kerana itu, setiap manusia berhak mendapat Hidayah dari Allah. Jangnlah kita jadikan ibu bapa kita sebagai alasan bagi diri kita untuk menjadi jahat. Semuanya terpulang pada hati. Mungkin Allah akan memberikan Hidayah kepada salah seorang dari anak mereka untuk menjadi penyejuk mata (Qurratu’ain) (^_^) kepada mereka dan sekali gus merubah keluarga tersebut menjadi sebuah baitul muslim. Insya Allah. Bila masanya, wallahu’alam. Namun, janganlah berputus asa wahai mereka yang beriman. Sesungguhnya janji Allah pasti berlaku. Yang penting terus berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

Ceh… macam ana pula yang bagi ceramah. Hehe.. takdelah.. sekadar perkongsian bersama. Mana yang baik, datang dari Allah, yang buruk dari kelemahan diri sendiri. Kalau apa yang tulis ini membawa kepada kebaikan, ambil lah ia menjadi teladan dan yang buruk jadikanlah sempadan. Insya Allah.

Ilalliqa’
W’salam

6 comments:

  1. Derhaka kah saya jika saya tidak boleh menerima ibu saya jika dia tidak bertaubat krpada allah dan solat dan mmbuat amal ibadah...

    ReplyDelete
  2. Kerana ibu saya dulu pernah mmbuat dosa malah mmbuat zalim kepada saya..

    ReplyDelete
  3. Sekadar ingin kepastian..ibu saya seorang janda,dan bersekedudukan dgn seorang anggota polis dgn status suami org..kami tggl serumah..pernah cuba menegur tp ibu terus menyumpah..dan mempersoalkan tentang syurga anak di tapak kaki ibu..

    ReplyDelete
  4. Adakah saya sebagai anak turut berdosa kerana terus mendiamkan diri selama ini?apa yg patut sy lakukan?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...saya nak Tanya contohnya saya memberitahu ayah saya ibu saya tidak suka jikalau saya bertanya ayah saya pulang bila??dan adakah ia dikira ngacung??

    ReplyDelete