Wednesday, April 28, 2010
~Look into my eyes~
Monday, April 5, 2010
Islam is the way of life~
Friday, April 2, 2010
The Chosen One
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله
You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One
Sunday, March 21, 2010
A story of The Green Prince~

Saturday, February 27, 2010
Apabila tidak ingin berterus terang...
Salamun’alaik. Salam mujahadah. Hamdan wa syukran lillah rabbil ‘alamin. Solatan wa salaman ‘ala rasulillah Muhammad s.a.w. wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim. Semoga kalian di bawah lindungan dan rahmat Nya selalu. Insya Allah.
p/s: Salam Maulidur Rasul.
Wednesday, February 17, 2010
Bi taufiq wa najah sahabat-sahabat~

Tuesday, February 9, 2010
Penghinaan yang melampau!
Friday, January 29, 2010
Untukmu Islam, agamaku yang tercinta~
Saturday, January 23, 2010
Program mentoring - Rehlah @ P.D.
Friday, January 8, 2010
Syukran Jazilan~
Alhamdulillah, semalam 7/01/2010 genaplah 19 tahun ana bernafas di bumi Allah ni. Dan dengan meningkatnya umur ana, semakin hampirlah diri ana ini untuk bertemu Pemilik hati dan nyawa ini. Namun, ana sering berfikir tentang nasib akhir hayat ana. Dan apakah yang telah ana sumbangkan untuk Islam selama ana hidup. Kalau imbas kembali sejarah hidup ana, memang ana tidak menyumbangkan apa-apa terhadap Islam. Namun ana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kali ini, ana tanamkan azam untuk lakukan sesuatu untuk Islam. Insya Allah.
Syukran jazilan kepada sahabat-sahabat ana yang telah meraikan hari jadi ana. Ana fikir antum dah lupa. =). Tapi tidak mengapa pun. Sebab ana fikir mungkin antum busy dengan antum punya assignment dan sebagainya. Terharu pun ada juga sebab ada di kalangan sahabat-sahabat yang beri ana hadiah yang ana tidak sangka mereka akan beri hadiah tu. Semoga Allah membalas segala perbuatan kalian dengan sebaik-baik balasan.
Tidak lupa juga pada keluarga ana yang sangat-sangat ana rindui, yang wish ana saat jam menunjukkan 12 tengah malam. Ana cukup terharu kerana kamu semua sanggup tidak tidur semata-mata untuk wish ana. Syukran jazilan. Terasa rindu untuk menyambut hari jadi dengan keluarga. Tapi apakan daya.. huhu.. Doa dan restu ibu dan ayah sentiasa diri ini harapkan..
Kepada sahabat-sahabat yang wish ana di blog, yang wish ana pada malam hari jadi ana dan sebagainya, sekali lagi, syukran kathiran. Terasa diri ini masih diingati. =)
Apa-apa pun, ini semua ketentuan yang telah Allah tetapkan. Ketetapan Allah untuk diri ini bertemu dengan sahabat-sahabat yang istimewa seperti antum semua. Tidak lupa juga ketetapan Allah bagi ana unutk mendapat keluarga yang sayang pada diri ini. Hamdan lillah 'ala kulli hal.
Akhir kalam, semoga Allah membimbing diri ini dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Dan semoga diri ini terus thabat dan istiqomah dalam setiap apa yang ana lakukan untuk Islam. Insya Allah. Amin.
Friday, January 1, 2010
Buatmu Akhawat Sejati~
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempesona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya kala dia berjalan, tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang senantiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun, di manapun dirinya berada. Tak ada perbendaharaan kata ‘cemburu buta’ dalam kamus kehidupannya. Dia yang senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah sang suami kepadanya. Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada sang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar dari wajahnya. Sifat tawadhu’ adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi ditempat kerja (wajihah dakwah), tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan di manapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti jannatii selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Totalitas dalam menyokong dakwah suami menderma bakti mengurus generasi penerus berjiwa Rabbani.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dia yang selalu menghindari sesuatu yang syubhat terlebih hal-hal yang diharamkan-Nya. Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada pandainya dia merayu dan banyaknya airmata yang menitik, tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang melesat tajam daripada tiap nada bicara yang keluar dari bibirnya. Dia yang memiliki perasaan yang tajam untuk selalu berbuat ihsan kala di tempat umum mahupun kala sendirian.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yang dia hafal, tetapi daripada keteguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahaminya. Al-Quran dan As- sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelar yang disandangnya serta luasnya wawasan atau lincahnya dia bergerak, tetapi tingginya ghairah unutk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. Menjadi akhawat sejati, nescaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insane berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu…
Menjadi akhawat sejati,
Seperti yang dicontohkan Khadijah, Aisyah, Hafsah, Maimunah, Shafiyah, Fatimah Az-Zahra, dan para shahabiyah radiyallahu’anha ajmai’an.
Dipetik dari buku "Engkau Memang Cantik" oleh Burhan Shodiq.
Saturday, December 12, 2009
Berlapang dadalah duhai sahabat...
Alhamdulillah... Setelah sebulan lebih Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) bertungkus lumus menyusun gerak kerja, mendesak pihak atasan untuk menurunkan yuran, berjumpa dengan pihak-pihak tertentu dan sebagainya, akhirnya Allah memberikan mereka ganjaran yang setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan. Iaitu apabila pihak kerajaan sedia memberi wang sebanyak 5 juta untuk disalurkan pada KUIS bagi menangani isu yuran tersebut. Dan pada hari khamis bersamaan 10 disember 2009, mereka telah secara rasminya dibubarkan. Tapi, sekiranya ada permasalahan lain yang timbul, mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekali lagi.
Buat pengetahuan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, ana tidak menafikan bahawa ana adalah penyokong GMS. Dan insya Allah, selagi ana masih bernafas, dan selagi mana apa yang mereka lakukan tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah, ana akan tetap menyokong mereka.
Kepada sahabat-sahabat ana yang tidak dapat menerima hakikat bahawa ana, dan beberapa sahabat ana yang lain menyokong GMS, ana harap, kita tidak akan merenggangkan ukhuwah ini hanya kerana berlainan fikrah. Atau jika antum tidak suka ana menggunakan perkataan-perkataan arab atau so called 'islamik' seperti itu, ana akan ubahkannya kepada perkataan berlainan 'pendapat'. Sukacita sekali ana ingin menyatakan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga sering berlainan pendapat. Begitu juga dengan para ulama' dan sebagainya. Adalah tidak wajar bagi diri seorang mukmin untuk memutuskan tali silaturrahim hanya kerana berlainan pendapat. Kerana apa yang pasti, matlamat kita hanyalah satu. Iaitu untuk menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil. Sekali gus menegakkan Islam di muka bumi ini.
Terkadang diri ini cuba sedaya upaya untuk berlapang dada dengan respon-respon yang diberikan. Ada yang bermasam muka ketika berjumpa, ada yang hanya senyum tapi buat-buat. Ada yang layan nak tak nak, dan seribu satu macam lagi respon yang diberikan. Sindiran dan kutukan tak usah dibahaskan lagi. Sudah menjadi kebiasaan bagi diri yang digelar sebagai daie. Bak kata seorang ustazah, jika kita keluar, jangan lupa untuk bawa cermin. Jangan asik bawa lampu suluh. Hmm.. kalau nak difikirkan, memang makna dari kata-kata ni amat mendalam. Apa yang dimaksudkan iaiah, sesekali tu, tengoklah pula kesalahan diri. Tengoklah diri tu kat cermin. Kot-kot ada yang tak kena dengan diri kita. Dan jangan asik 'menyuluh' atau mencari kesalahan orang lain je.
Seperti apa yang terjadi sekarang ni, bila ada benda yang tak kena sikit, semua orang tunding jari kat GMS. Habis tu, orang-orang yang tunding-tunding jari tu ada buat apa-apa ke untuk memperbetulkan keadaan?? Kalau antum ada banyak idea yang nak disumbangkan, kenapa tak lontarkan idea-idea bernas antum tu? Ini tidak, asik dok ngumpat, kutuk, mancarut benda-benda mangarut, memfitnah dan sebagainya. Kerja tak pulak buat. Hmpf... inilah sikap kita. Asik menyalahkan orang lain, tapi kelemahan sendiri tak nampak.
Berlapang dadalah duhai sahabat... Apa yang GMS bawa adalah untuk antum juga. Mahasiswa. Bukan untuk mak cik cleaner atau pak guard. Jadi apa yang antum tidak puas hati? Cara mereka salah? antum ada cadangan lebih baik? Berunding? Sampai bila? Yaumul Qiyamah? atau 2012? (kalau kat movie drg kate tahun ni terjadi hari kiamat. Wallahu'alam).
Sahabat-sahabat yang sentiasa di bawah perlindungan Allah sekalian... Jangan suka membuat kesimpulan tanpa mengetahui hakikat yang sebenar. Jangan kita jadi seorang yang berat sebelah. Dengar dulu hujah dari kedua-dua belah pihak. Bagaimana kalau satu hari nanti kita menjadi seorang pemimpin? Sedangkan sifat seorang pemimpin itu harus adil. Walaupun hakikatnya, tiada manusia yang lebih adil dari Rasulullah s.a.w dan tiada siapa yang lebih adil dari Allah s.w.t. Namun, itu bukanlah alasan bagi kita untuk tidak jadi seorang yang adil.
Akhir kalam, muhasabahlah diri kita. Diri kita tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan. Andainya diri ini ada melukakan hati atau menyakitkan hati antum, harap dimaafkan. kalau ada apa-apa yang antum tak puas hati dengan ana, boleh berbincang. jangan pendam. takut-takut antum jadi pendendam. na'uzubillah min zalik.
Buat sahabat-sahabat GMS, semoga Allah memberi sebaik-baik balasan buat diri antum. Teruskan menegakkan yang haq dan menghapuskan yang batil. Insya Allah, Allah bersama kalian.
W'salam.
Friday, November 27, 2009
Langkah tercipta~
Semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan
mencalar ketabahan
Mimpi yang sering ku harapkan
menjadi kenyataan
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan).
Tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
Hentikanlah tangisanku...
Ya Allah... aku mohon rahmat dan maghfirah Mu. Ampunilah dosaku... Allahumma ighfir zunubi ya Rabbal 'alamin...
Masya Allah... setiap kali aku pulang ke tanah air, pasti ada berita yang mengecewakan hati ini. Semakin lama, semakin teruk. Aku tidak sanggup untuk mendengarnya. Aku risau melihat kaum kerabatku yang semakin hari, semakin melampaui batas syariat agama. Bukan mudah untuk berdakwah dengan ahli keluarga ku sendiri. Namun, aku tetap akan berusaha. Jika aku tidak mampu untuk berdakwah secara terang-terangan, aku akan berdakwah bil hal.
Duhai kaum kerabatku yang amat aku kasihi, sedarkah kalian bahawa umat Islam dalam keadaan membimbangkan. Umat Islam sudah semakin parah dengan ketandusan akhlaknya dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. Aku sebagai seorang Muslimah yang masih mempunyai kesedaran terhadap Islam, berasa kecewa dengan apa yang aku lihat pada kalian hari ini.
Mendedahkan aurat, ikhtilat, rokok, minuman keras, pergi ke pub dan sebagainya, sudah menjadi kebiasaan bagi diri kalian. Gambar-gambar kalian di Facebook dan sebagainya menjadi bukti kata-kataku ini. Astaghfirullah... Kalau aku menanyakan kepada kalian apa agama mu, apa yang akan kalian jawab? Sudah tentunya kalian akan mengaku bahawa diri kalian adalah orang Islam. Namun, apakah hanya sekadar Islam pada nama sahaja sudah cukup?? Tanpa menghiraukan larangan dan suruhan daripada Al-Quran dan As-Sunnah, bolehkah kita menjadi seorang Muslim yang baik? Ingin sahaja aku memarahi kalian kerana aku tidak sanggup melihat maksiat yang berleluasa di depan mataku. Namun aku sedar, aku tidak boleh bertindak terburu-buru. Kerana silaturrahim kita yang tidak beberapa erat, menjadikan sukar bagi aku untuk berkomunikasi dengan kalian. Aku sedar, aku tidak sempurna dan bukan sesiapa pada kaca mata kalian. Dan tidak mungkin aku akan jadi sempurna. Tapi, itu tidak bermakna aku hanya duduk dan lihat segala perbuatan maksiat kalian. Aku akan tetap pertahankan yang haq, dan menghapuskan yang batil!. Aku menanti masa yang sesuai. Aku pasti bersuara.
Sedarlah... Aku mohon, insafilah perbuatan kalian. Kembalilah kepada fitrah. Allah sedang menunggu kedatangan kalian. Ya, Allah mempunyai sifat Mutakabbir. Allah mempunyai sifat Jabbar. Allah mempunyai sifat Qahhar. Tapi ingatlah duhai kaum kerabatku... Allah juga mempunyai sifat Ghaffar. Allah juga mempunyai sifat Ar-Rahman, Allah juga mempunyai sifat Ar-Rahim. Allah akan memberi Hidayah kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Dan aku harap kalian adalah di antara mereka yang terpilih. Insya Allah. Amin.
Aku tidak tahu bila tangisan ini akan berakhir. Tapi yang pasti, aku akan sentiasa mendoakan kalian. Jika tidak hari ini, mungkin esok atau mungkin juga lusa, bahawa kalian akan mendapat Hidayah Allah dan akan berubah kepada yang lebih baik, sebelum Allah menjemput kalian kembali. Dan aku juga berharap, dan akan terus mengharap. Suatu hari nanti, Islam pasti tertegak di muka bumi ini. Dan di saat itu, pasti syariatnya juga akan sama-sama tertegak. Aku akan menanti saat itu. Kerana aku yakin dengan janjiNya. Dan aku yakin ini bukanlah satu khayalan, tapi satu kenyataan. Insya Allah.
Akhir kalam, aku mohon doa dan sokongan dari sahabat ku yang lain untuk mendoakan perjuangan ku di sini. Aku hanya insan yang lemah. Namun insya Allah, Allah kurniakan semangat yang kental dan iman yang mantap dalam hati ini. Ya Muqollibal qulub, thabbit qulubi 'ala dinika wa 'ala tho'atika. Amin....
Wallahu'alam.
Sunday, November 22, 2009
Hidup sebagai Dai’e.
Salamun'alaik... Salam buat para mujahideen yang sedang memburu syahid. Hamdan wa Syukran lillah… Setinggi-tinggi kesyukuran ana rafakkan buat Pemilik nyawa dan jiwa ini. Dia lah yang sentiasa memberi ana kesempatan untuk menginsafi dan menyesali segala perbuatan ana yang sengaja atau pun tidak.
Setelah sekian lama menyepi, bukan kerana tidak mahu menulis lagi, tapi kerana kekangan masa yang menghambat diri ana untuk post entry di blog ini. Di tambah pula dengan kolej ana yang baru-baru ini telah ‘block’ semua blog-blog yang ada. Ana tidak pasti mengapa mereka lakukan itu. Kerana jika mereka di pihak yang benar, tak perlu takut.
“ Aku selalu beringat, jalan dakwah bukanlah jalan mudah. Aku akan diuji dengan berbagai-bagai ujian. Jalan dakwah ialah jalan yang penuh dengan duri, ranjau, ombak dan badai. Bukan jalan yang penuh dengan madu dan halwa. Kalau taku dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut mengharungi kesusahan hidup, jangan berkecimpung dalam bidang dakwah.” Begitulah kata-kata seorang ustaz yang bernama Ustaz Abdul Rahman. Merupakan seorang daie dan juga seorang asatizah di tanah airku.
Ana tidak pernah terfikir akan menjadi seorang daie. Apatah lagi menjadi seorang yang akan menegakkan agama Allah. Menjadi seorang daie tidak perlu menjadi seorang yang popular di kalangan masyarakat atau sebagainya. Cukuplah kita meyampaikan dakwah pada setiap lapisan masyarakat mengikut kemampuan kita. dan tidak lupa juga mengikut waqi’(sesuatu tempat) atau ‘uruf (kebiasaan) masyarkat tersebut.
Bagi diri ana, ana lebih menumpukan di kalangan remaja. Memandangkan ana masih belajar di kolej, ana lebih berminat untuk berdakwah dengan mereka. Ana mempunyai ramai sahabiah yang menjalankan tugas sebagai seorang daie. Ana sangat kagum dengan kesungguhan mereka. Merekalah yang menjadi inspirasi diri ini, agar tidak termasuk dalam golongan yang hanya duduk dan lihat. Tapi, disebabkan ana dari Negara luar, ada sedikit kekangan yang membuatkan diri ana tidak dapat mengikut sesetengah gerak kerja yang dijalankan. Namun, ana tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya mereka ada melakukan aktiviti dan program yang dapat menambahkan ilmu ana. Dan yang paling aktif adalah program Usrah. Satu program yang di mana mereka akan membentuk satu halaqoh dan akan menyampaikan tazkirah atau apa-apa sahaja tentang Islam.
Kadang-kala, ana tak bersedia untuk mengahdapi dugaan dan cabaran. Sering kali ana hampir-hampir berputus asa. Sehinggakan kadang kala ana buat keputusan untuk memilih dunia dari hidup dengan dugaan ini. Namun Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 28 yang bermaksud: “Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang-orang yang meneyru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia. Dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas”. Ayat ini membuatkan ana lebih bersemangat dan yakin dengan janji Allah. Melihatkan akhowat ana yang lain, yang tidak pernah kenal erti penat dan rehat, membuatkan ana ingin menjadi seperti mereka. Ana sendiri yang harus bergerak kalau ana ingin menyampaikan dakwah. Bukan menunggu orang datang dan bertanya. Kata-kata semangat dari akhowat ana membuatkan diri ini lebih bersemangat untuk terus berada di jalan dakwah ini.
Dari saat itu, diri ini mula berfikir bagaimana cara dan uslub yang boleh digunakan untuk orang di sekeliling. Walaupun kebanyakan sahabat ana masih di peringkat remaja, namun, perangai dan firkiran mereka berbeza. Itulah yang membuatkan ana dan sahabat sering bermusyawarah cara-cara untuk menyampaikan dakwah pada diri mereka. Kadang-kadang, kita terpaksa jadi ‘sempoi’ untuk serasikan diri dengan mereka. Itu semua kita jadikan sebagai uslub untuk menyampaikan mesej yang sebenar tentang Islam. Walaupun tak banyak, tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga sampaikan satu atau dua ayat. Seperti sabda Rasulullah, “sampaikan padaku walaupun satu ayat”.
Kadang kala, terdengar keluhan sahabat-sahabat ana yang terlalu penat untuk meneruskan tugas dakwah ini. Ketahuilah duhai akhowat, Allah sentiasa mencatit setiap perbuatan yang kamu lakukan. Bak kata seorang ulama’, “jangan takut untuk menyampaikan kebenaran. Apabila ramai yang datang untuk belajar denganmu dan mereka suka padamu, ketahuilah ketika itu kamu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran, sebaliknya kamu menyampaikan apa yang disukai oleh orang ramai. Sedangkan Allah berfirman: “ kebanyakan manusia tidak suka kepada kebenaran dan apabila hanya sedikit yang datang kepadamu janganlah kamu berputus asa kerana kebenaran disenangi sedikit orang..”. teruskan dan teruskan usaha anda dalam medan dakwah ini.
Akhir kalam, semoga diri kalian sentiasa dirahmati Allah. Ana yakin, antum semua yakin dengan janji Allah, iaitu syurga tercipta bagi orang yang beriman. Mahar untuk ke syurga bukan murah dan mudah. Ia perlukan banyak pengorbanan. Doakanlah untuk diri ini juga agar terus thabat seperti kalian. Semoga kita semua ditempatkan bersama para syuhada’ dan orang-orang yang soleh. Insya Allah. Amin. Teruskan perjuangan. Allah pasti bersama orang-orang yang benar!.
W'salam.